10 Klinik Rawatan Kesuburan IVF Di Kuala Lumpur dan Selangor

Pilihan-pilihan terbaik 2023

Tidak kira bagi lelaki mahupun perempuan, insiden isu kesuburan kian meningkat di kalangan pasangan yang sudah berumah tangga. Apa yang lebih merumitkan keadaan adalah, terdapat pelbagai punca ketidaksuburan, antaranya adalah umur, berat badan, gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan tertentu, dan banyak lagi. Melalui artikel ini, kami harap dapat mengesyorkan beberapa pilihan klinik rawatan kesuburan IVF di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang mungkin boleh membantu anda dan pasangan mencari solusi dengan rawatan-rawatan yang ditawarkan bagi merealisasikan impian anda untuk mendapatkan zuriat.

1. Ever Link Fertility Centre

Sebuah klinik rawatan kesuburan IVF yang boleh dikatakan agak terkenal di Selangor adalah Ever Link Fertility Centre. Ia mempunyai pengalaman hampir 4 tahun dalam industri perubatan reproduktif / kesuburan dan obstetrik & ginekologi bagi masyarakat sekitar negeri Selangor.

Lokasi klinik ini sangat strategik berhadapan dengan UOA Business Park. Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti kemudahan OKU, laluan khas kerusi roda, kawasan menunggu, bilik menukar pakaian, restoran dalam klinik dan juga restoran-restoran lain yang berdekatan, bilik sembahyang, servis WiFi, dan banyak lagi. Memang selesalah bila pelanggan berkunjung ke klinik tersebut.

Lebih menarik lagi, harga bagi servis-servis yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Selain rawatan kesuburan IVF, Ever Link juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti permanian beradas, pembuahan in vitro – suntikan sperma intracytoplasmic (IVF – ICSI), pemindahan embrio, pembekuan telur, induksi ovulasi, IVF Mini, diagnosis sebelum implantasi genetik, dan banyak lagi.

Alamat: Unit G-2 Level Ground, The Podium Tower 3, UOA Business Park, No 1, Jalan Pengaturcara U1/51a, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9am – 4.30pm & 9am – 12.30pm)

Laman sosial: Website | Facebook

2. Dato Dr Niraj’s Women’s Specialist Clinic

Dengan pengalaman selama hampir 23 tahun, Dato’ Dr Mohammed Niraj Bin Mohammed Feizal merupakan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Dato Dr Niraj’s Women’s Specialist Clinic.

Klinik ini menyediakan perkhidmatan yang lengkap untuk rawatan kemandulan termasuklah IVF, induksi ovulasi, rawatan pelekatan, IVF (konsultasi pembuahan in vitro), permanian beradas, pemindahan embrio, tertunjuk intrauterine (IUI), dan sebagainya.

Alamat: Suite 21, Ground Floor, Assunta Hospital, Jalan Templer, PJS 4, Petaling Jaya

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9am -4pm, 9am – 1pm, 2pm – 4.30pm)

Laman sosial: Website | Facebook

3. Sophea Fertility Centre

Sophea adalah sebuah pusat pakar kesuburan lengkap yang memberikan servis daripada semua jenis pemeriksaan kehamilan kepada semua jenis rawatan kesuburan yang diperlukan oleh anda.

Apa yang menariknya, konsep klinik rawatan kesuburan IVF di sini lebih bersifat islamik dengan menguna pakai garis panduan syarak khusus bagi pelanggan beragama Islam. Ia menawarkan pemeriksaan kesuburan yang menyeluruh meliputi semua aspek.

Hal ini termasuklah latar belakang kesihatan, pemeriksaan fizikal serta saringan ujian darah, imbasan bunyi (ultrasound) dan pemeriksaan sperma dari air mani.

Alamat: 106, Jalan Gasing, Seksyen 5, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8am – 5pm & 8am -1pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

4. KPJ Damansara Fertility Centre

Sebut mengenai KPJ, pasti rata-rata sudah biasa mendengarnya. Bagi yang tidak tahu, KPJ adalah syarikat yang menyediakan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia.

Terdapat banyak cawanganya di merata-rata tempat termasuklah KPJ Damansara Fertility Centre khusus bagi klinik rawatan kesuburan IVF. Perkhidmatan kesuburan lain yang ditawarkan di sini termasuklah ovulation induction, surgical sperm retrieval, intrauterine insemination, in-vitro fertilization, intracytoplasmic sperm injection, dan oocyte & sperm freezing.

Alamat: G-06, 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30am – 5pm & 8.30am – 1pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

5. Vamsam Fertility and Health Care

Vamsam Fertility and Health Care berinisiatif untuk menawarkan harapan kepada ramai pasangan suami isteri yang tidak dapat menimang cahaya mata, dan ingin mendapatkan rawatan kesuburan.

Sejak penubuhannya pada 2018, pusat ini komited untuk memberikan yang terbaik dalam membantu pasangan tanpa anak dengan perkhidmatan rawatan kesuburan yang sesuai.

Selain menawarkan perkhidmatan kesuburan untuk lelaki dan perempuan, Vamsam juga memberikan perkhidmatan nasihat, mengatur percuma (seperti program kesedaran kesuburan), dan membimbing pasangan sepanjang proses rawatan berjalan.

Alamat: No 58, Jalan 11/10, Taman Koperasi Polis Fasa I, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10am – 6pm & 1pm – 6pm)

Laman sosial: Website | Facebook | Instagram

6. KL Fertility & Gynecology Centre

KL Fertility Centre tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia adalah pusat pakar kesuburan yang terkenal, yang menawarkan pelbagai servis membantu kesuburan dan kehamilan secara eksklusif. Terkenal selama dua dekad yang lepas, KL Fertility Centre menyediakan kepakaran kesuburan dan kini di antara kumpulan IVF terkemuka Australia, Monash IVF, yang menawarkan teknologi terkini dalam perubatan kesuburan.

Lebih dari 20 pilihan rawatan dan konsultasi kesihatan yang boleh didapati di sini, termasuklah pemilihan pakar IVF yang khusus untuk kes anda.

Alamat: DC MALL, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30, 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8am – 5pm & 8am – 1pm)

Laman sosial: Website | Facebook

7. Pusat Pakar Wanita & Kesuburan Ng

Pusat Pakar Wanita & Kesuburan Ng menyediakan perawatan IVF dan solusi bagi isu-isu masalah kesihatan wanita, di mana ia diterajui oleh pakar obstetrik & ginekologi sendiri iaitu Dr. Ng Kok Chong.

Alamat: 27, Jalan Kuchai Maju 1, Jalan Kuchai Lama, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur.

Waktu operasi:  Isnin – Sabtu (9am–2pm & 4–8pm)

Laman sosial: Website | Facebook

8. Verdure Healthcare Consultancy Sdn Bhd

Satu lagi klinik rawatan IVF di Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi oleh pasangan yang ingin mendapat rawatan kesuburan adalah Verdure Healthcare Consultancy Sdn Bhd. Mereka juga bekerjasama dengan DNA Laboratories dan Genomix Lab untuk menyediakan ujian genetik ketidaksuburan.

Bahkan sejak penubuhannya pada 2004, Verdure Healthcare bekerjasama dengan 8 hospital di seluruh Malaysia untuk menjadi rakan kongsinya. Antara servis yang ditawarkan adalah HSG, ujian sperma, ujian hormon, ujian darah, dan banyak lagi.

Menariknya tentang Verdure Healthcare ini, ia mengguna pakai konsep rawatan “Integrasi Cina dan Barat” demi membantu lebih ramai pasangan memperoleh zuriat.

Alamat: 16th Floor, Wisma UOA 2, Suite 16-1, No.21, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Laman sosial: Website | Facebook

9. Mak Women & Fertility Center Specialist

Antara klinik rawatan IVF yang mungkin dikenali oleh pasangan-pasangan yang sedang mencari solusi ketidaksuburan mereka adalah di Jalan Kuchai Lama, iaitu Mak Women & Fertility Center Specialist. Ia menyediakan perawatan dan kelengkapan yang cukup selesa, serta doktor pakar yang prihatin dan berpengetahuan.

Alamat: 5, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9am – 12.30pm)

Laman sosial: Facebook

10. Klinik Pakar Wanita Metro Old Klang Road

Nah, ini dia cawangan bagi Metro IVF di Kuala Lumpur, iaitu Klinik Pakar Wanita Metro Old Klang Road. Di sini, pengkhususan rawatan masalah ketidaksuburan lelaki dan wanita ditawarkan melalui pakej-pakej yang harganya amat berpatutan, bagi rawatan yang berkesan.

Alamat: 8-0, Lorong 2/137C, Off, Jln Klang Lama, Bedford Business Park, 58200 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30am – 5pm & 8.30am -1pm)

Laman sosial: Website | Facebook

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.