7 Jenis Makanan Untuk Penghasilan Susu Badan

Ibu yang menyusu badan perlukan makanan yang sesuai yang dapat membekalkan tenaga, serat dan juga nutrien-nutrien penting supaya dia sihat sepanjang perjalanan penyusuannya. Tubuh badan seorang ibu mengambil nutrien daripadanya untuk mengeluarkan susu badan yang berkualiti. Oleh itu, pengambilan makanan bernutrisi tinggi adalah penting bagi ibu yang sedang menyusu badan.

Menambahkan makanan laktogenik, iaitu makanan yang membantu dalam pengeluaran susu badan bukanlah perkara yang baru, dari segi sains. Malah, ada juga petua-petua turun temurun yang mengajar tentang makanan-makanan khas bagi ibu menyusu. Dengan menambahkan makanan laktogenik dalam diet anda, di samping kerap menyusukan bayi serta mengepam susu, pengeluaran susu seorang ibu dapat dilancarkan.

Berikut adalah antara makanan-makanan laktogenik yang popular.

1. Beras perang
Beras perang adalah karbohidrat kompleks yang menyediakan tenaga yang diperlukan semasa penyusuan. Pengambilan beras perang boleh meningkatkan tahap serotonin dalam otak dan membantu mengawal emosi, serta membantu meningkatkan kualiti tidur. Hormon ini juga diperlukan untuk merangsang rembesan prolaktin, iaitu hormon utama dalam penyusuan.

2. Bayam
Sayuran hijau ini merupakan sumber baik nutrien-nutrien penting seperti kalsium, zat besi, vitamin A dan K. Sebagai sejenis sayuran berwarna hijau gelap, bayam juga mengandungi phytoestrogens, yang dipercayai dapat meningkatkan kesihatan tisu payudara dan membantu dalam proses laktasi.

3. Buah aprikot
Buah aprikot, terutamanya jenis aprikot kering, mengandungi phytoestrogens, yang membantu untuk mengimbangkan hormon semasa laktasi. Aprikot adalah makanan yang kaya dengan serat, vitamin A dan C, potassium dan kalsium. Ia juga mengandungi tryptophan, yang berfungsi untuk meningkatkan tahap prolaktin.

4. Asparagus
Kaya dengan serat, asid folik, vitamin A, C dan K, asparagus merupakan lagi satu makanan laktogenik yang amat mudah disediakan – Stim sahaja dan nikmati rasa semula jadinya yang enak. Asparagus mengandungi phytoestrogens yang berfungsi untuk membantu mengekalkan pengeluaran susu yang sihat. Tambahan pula, asparagus juga mengandungi tryptophan, iaitu asid amino penting yang boleh merangsang pengeluaran prolaktin (hormon terbesar dalam laktasi) lalu meningkatkan pengeluaran susu.

5. Lobak merah (karot)
Tidak ramai yang tahu akan keberkesanan lobak merah dalam penghasilan susu ibu. Sayuf akar ini mengandungi phytoestrogens dan kaya dengan beta-karoten serta vitamin A, di mana kedua-duanya amat berguna untuk penghasilan susu badan. Jus karot juga dipercayai dapat menyediakan tenaga tambahan yang diperlukan oleh ibu dan membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu badan.

6. Bijirin oatmeal
Oatmeal merupakan makanan yang dapat membantu menenangkan tubuh. Ia juga berfungsi sebagai perangsang oksitoksin (hormon untuk pengeluaran susu), yang membantu meningkatkan proses penghasilan susu ibu. Selain itu, oatmeal juga mengandungi serat yang dapat membantu meyelaraskan sistem penghadaman ibu menyusu.

7. Betik
Tidak ramai yang mengetahui bahawa buah tempatan popular ini dapat membantu dalam pengeluaran susu badan ibu. Betik muda (yang berwarna hijau) boleh dimasukkan dalam masakan untuk dihidangkan kepada ibu berpantang. Enzim dan phytokimia yang ada di dalam buah ini berupaya untuk merangsang proses laktasi. Betik juga digunakan sebagai sedatif semula jadi yang membantu ibu untuk rasa relaks semasa menyusukan bayi mereka dan pada masa yang sama,dalam membantu dalam penghadaman makanan juga.


Peranan bawang putih sebagai bahan laktogenik
Bawang putih disarankan bagi ibu-ibu ynag baru lepas bersalin. Ia berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan, dan juga mempunyai khasiat dalam membanyakkan penghasilan susu badan. Ia boleh dimakan mentah ataupun dimasak.


8. Kekacang
Kekacang dapat membantu dalam membanyakkan penghasilan susu badan dan merupakan sumber protein yang amat diperlukan. Kandungan lemaknya yang semulajadi baik untuk kesihatan.

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.