Baby Moby 99.9% Pure Water Wipes
Baby Moby 99.9% Pure Water Wipes

Baby Moby 99.9% Pure Water Wipes

Tisu Basah Bayi Berasaskan Air Tulen (99.9%) TERBAIK

Untuk Bayi yang Anda Sayangi

Tisu basah pakai-buang, atau baby wipes, merupakan produk penjagaan bayi yang penting bagi setiap ibubapa yang inginkan kehidupan yang selesa dan bersih bagi mereka. Namun, bukan semua baby wipes direka serupa atau sama dari aspek kualiti dan keselesaan serta keselamatan.

Dengan kandungan 99.9% air tulen, Baby Moby 99.9% Pure Water Wipes dicipta bebas daripada bahan-bahan yang mungkin memudaratkan kulit bayi, seperti pewangi, alkohol, floresen dan juga paraben. Ia mencirikan fabrik yang tebal lagi lembut, direka dengan teknik Tenunan 3D-Sarang lebah yang mampu mengekalkan kelembapannya supaya bertahan lebih lama. Baby Moby 99.9% Pure Water Wipes juga mengandungi pati Aloe Vera serta diperkayakan dengan Vitamin E yang membantu melembabkan kulit bayi yang halus.

Baby Moby 99.9% Pure Water Wipes adalah hypoallergenic, dan ia telah diuji secara dermatologi. Ia sesuai untuk kegunaan di bahagian-bahagian badan bayi seperti tangan, muka dan juga untuk penjagaan kawasan lampin bayi. Selain daripada penjagaan bayi, Baby Moby 99.9% Pure Water Wipes juga amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, tidak kira usia, untuk penjagaan diri dan untuk kegunaan semasa tiada kemudahan air bagi membersihkan diri.

www.babymobymalaysia.com | www.facebook.com/babymobymalaysia | www.instagram.com/babymobymalaysia

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.