Kesihatan Usus Kanak-kanak

Pergerakan usus yang sihat adalah penting untuk kesihatan kanak-kanak. Kekerapan anak membuang air besar sering menjadi tanda aras kepada ibu bapa untuk menilai kesihatan pergerakan usus anak mereka. Namun begitu, ini bukanlah satu-satunya perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa.

Kanak-kanak yang kerap membuang air besar tidak bermakna dia mudah untuk mengeluarkan najis. Anak anda tidak mengalami sembelit jika najisnya lembut dan mudah dikeluarkan, walaupun dia tidak membuang air besar setiap hari. Ada kanak-kanak yang membuang air besar lebih daripada sekali sehari, manakala ada juga yang hanya membuang najis selang sehari atau dua hari sekali.


Info
Semakin membesar bayi, anda akan lihat kekerapannya membuang air besar berkurangan dan saiz najisnya juga akan semakin besar. Kanak-kanak di usia 3 hingga 4 tahun mempunyai kadar membuang najis yang berbeza-beza: Ada yang membuang air besar 3 kali sehari, dan ada juga tiga kali seminggu.


Masalah pergerakan usus yang sering dialami oleh kanak-kanak ialah sembelit dan cirit-birit. Antara punca kanak-kanak mengalami sembelit ialah:

  • Perubahan corak pemakanan, terutama apabila anak mula makan makanan pejal
  • Kurang serat dan kandungan air dalam badan
  • Fobia membuang air besar
  • Pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang
  • Perubahan persekitaran

Pergerakan usus yang baik bukan sahaja bermakna sistem penghadaman mereka sihat, malah boleh membantu kepada tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Langkah-langkah untuk memastikan pergerakan usus yang sihat ialah:

  • Makan makanan yang sihat – bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ibu bapa perlu menggalakkan anak mengambil makanan yang tinggi kandungan fiber serta serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kekal aktif. Aktiviti fizikal seperti berbasikal, bermain badminton atau bersiar-siar boleh membantu kelancaran pergerakan usus.
  • Bina tabiat membuang air hari-hari. Ajar anak tabiat membuang air besar secara berkala supaya menjadi rutin harian mereka.
  • Galakkan rehat. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Pengambilan probiotik yang sesuai. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi nutrien seperti probiotik dapat membantu kelancaran penghadaman makanan dan mengurangkan masalah sembelit.

Sumber: www.webmd.com


Source featured image: www.scholastic.com

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.