Makanan Penjana Minda Si Kecil

Inginkan anak anda menonjol di sekolah? Perhatikan pada diet mereka. Pilihan makanan yang betul boleh membantu menggalakkan pertumbuhan otak si manja, di samping meningkatkan fungsi otak, memori dan daya tumpuan.

Diet seimbang dan sihat bukan hanya baik untuk tubuh kanak-kanak sahaja, bahkan juga bagus untuk mindanya. Tubuh yang sedang membesar memerlukan pelbagai jenis nutrien- akan tetapi, 10 jenis makanan super di bawah ini amat baik bagi membantu merangsang minda si kecil.

1. Salmon
Ikan berlemak, seperti salmon merupakan sumber baik untuk asid lemak omega-3, yang amat baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak. Dengan mengambil asid lemak yang secukupnya dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran mental mereka. Ada juga kajian yang menujukkan bahawa orang yang mengambil asid lemak dalam diet mereka akan mempunyai minda yang tajam dan berprestasi dalam ujian kemahiran mental.


TIPS
Letakkan hirisan salmon dalam sup brokoli berkrim si kecil, tambah juga potongan brokoli untuk nutrien tambahan dan tekstur yang lembut.


2. Telur
Telur adalah sumber protein terbaik, dan kuning telur pula mengandungi choline, nutrien penting untuk perkembangan memori.

Lebihkan makan telur: Bekalkan anak anda burrito telur ke sekolah. Selain itu, anda boleh juga tawarkan si manja telur hancur atau roti bakar telur.

3. Mentega kacang
Ramai kanak-kanak sukakan mentega kacang- ini adalah perkara yang baik kerana mentega kacang merupakan snek berkhasiat yang dipenuhi dengan vitamin E, iaitu antioksidan yang dapat melindungi membran saraf. Ia juga mengandungi thiamin, yang baik untuk otak, serta glukosa yang memberikan tenaga. Mentega kacang juga boleh dijadikan pencicah untuk buah-buahan seperti pisang dan juga sayuran seperti daun saderi.

4. Bijian penuh
Bijian penuh seperti roti dan bijirin menyediakan glukosa, sumber tenaga untuk keperluan otak. Bijian penuh juga mengandungi vitamin B, yang baik untuk sistem saraf. Tambahkan bijian penuh dalam kebanyakan hidangan anda seperti menggantikan roti, wrap dan kraker bijian penuh dalam hidangan.


Mudah untuk anda mendapatkan bijirin penuh khasiat memandangkan masyakat kini semakin mengambil berat akan amalan pemakanan yang sihat. Jadi, sebaik-baiknya dalam hidangan si kecil, pastikan anda menyelitkan makanan yang mengandungi bijian penuh seperti tortilla bijian penuh atau roti bijian penuh.


5. Oat
Oat dan oatmeal adalah sumber yang baik untuk tenaga dan otak. Oat dilengkapi dengan serat untuk membantu memastikan kanak-kanak rasa kenyang, jadi mereka tidak akan mencari makanan ringan sebagai snek. Selain itu, oat juga merupakan sumber yang bagus untuk vitamin B kompleks dan E serta zink bagi membantu merangsang otak kanak-kanak dengan optimum. Oatmeal boleh dijadikan sebagai asas dalam campuran epal, pisang, bluberi ataupun kacang badam.


Ini resipi mudah untuk menyediakan snek lazat juga berkhasiat buat si kecil:

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega kacang
  • ½ cawan madu
  • 1 cawan rolled oat
  • ½ cawan serbuk susu

Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Letakkan hirisan epal atau pear dan hidangkannya pada anak anda!


6. Beri
Beri boleh membantu meningkatkan memori dan dilengkapi dengan vitamin C serta antioksidan lain. Biji daripada beri juga mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu fungsi otak. Berikan anak anda keluarga beri seperti strawberi, ceri, blueberry dan blackberry– campuran warna beri yang pelbagai memberikan lebih nutrisi kepada si manja. Beri juga boleh dijadikan smoothie atau boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek sihat dan pencuci mulut.

7. Kacang
Kacang bukan sahaja baik untuk jantung, tetapi juga bagus untuk otak kanak-kanak memandangkan sumber ini membekalkan tenaga daripada protein, karbohidrat kompleks, serat dan juga vitamin serta mineral. Kacang boleh membantu mengekalkan tahap tenaga yang tinggi. Kacang pinto adalah pilihan yang baik kerana mengandungi lebih asid lemak omega-3 berbanding kacang yang lain, yang mana juga baik untuk otak. Anda boleh letakkan kacang dalam lettuce wrap anak anda ataupun tambahkan kacang dalam spaghetti si kecil.

8. Sayuran berwarna
Sayur-sayuran yang berwarna merupakan sumber terbaik antioksidan bagi memastikan sel otak kekal sihat. Antara sayuran yang bagus untuk otak si kecil ialah tomato, ubi keledek, labu, lobak merah atau bayam. Anda juga boleh campurkan sayuran berwarna ini ke dalam sos spaghetti atau sup anak anda. Gantikan cip kentang atau jagung dengan wedges ubi kentang ataupun persiapkan snek sayuran mudah seperti baby carrot dalam hidangan tengah hari anak anda.

9. Susu & yogurt
Vitamin B adalah penting untuk pertumbuhan tisu otak, dan produk tenusu adalah sumber baik untuk nutrien ini. Susu rendah lemak atau yogurt adalah sumber terbaik protein. Tenusu juga merupakan sumber penting vitamin D, yang amat diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja. Kepingan keju rendah lemak adalah contoh snek yang mengandungi sumber baik kalsium.

10. Daging pejal
Daging pejal adalah sumber terbaik zat besi, yang membantu kanak-kanak mengekalkan tenaga dan menumpukan perhatian di sekolah. Daging juga memang merupakan sumber utama zink, yang membantu dalam memori. Bagi kanak-kanak vegetarian, mereka boleh mendapatkan sumber zink daripada kacang hitam atau soya. Kacang atau dikenali sebagai zat besi nonheme, memerlukan vitamin C untuk menyerap. Jadi, jika anda berikan si manja burger veggie atau kacang, selitkannya dengan sumber baik vitamin C seperti jus oren atau serbuk lada.


Source featured image: Adobe Stock

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.