Kebanyakan bayi dilahirkan dengan rambut yang lebat namun lazimnya selepas bercukur jambul, rambut yang tumbuh tidak sebanyak rambut semasa lahir. Bagi ibu bapa yang mengalami masalah rambut bayi kurang lebat atau jarang, bolehlah cuba petua-petua tradisional berikutnya.
Ambil sedikit pucuk manis dan campurkan dengan santan pekat. Ramaskan kesemuanya kemudian sapukan pada kepala bayi. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu sehingga nampak perubahan.



Selepas memandikan bayi, biarkan rambutnya kering dan kemudian sapukan minyak kelapa dara pada kepala bayi dua hari sekali. Amalan ini bukan sahaja dapat melebatkan rambut tetapi juga dapat menanggalkan kerak kepala (cradle cap) dan sekaligus menghitamkan warna rambut.
Featured image: Shutterstock
