Menjaga Bayi Yang Sedang Demam

Demam adalah gejala biasa yang sering dialami oleh bayi, di mana ia lazim perkara yang amat merisaukan bagi ibu bapa. Namun, yang pentingnya adalah penjagaan yang rapi dan juga, harus diingat, usahlah panik.

Demam lazimnya berlaku apabila tubuh bayi anda sedang menghadapi jangkitan. Ia tidak semestinya menandakan sesuatu yang merbahaya kepada kesihatan bayi anda. Walau bagai manapun, jika ia merisaukan anda, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk melegakan diri anda.

Image source: Dreamstime

Setiap bayi pasti mengalami demam, bak kata orang tua, bayi demam kerana nak besar. Jika bayi anda yang berada di lingkungan enam bulan ke atas mengalami demam, hal ia mungkin bererti badannya sedang belajar untuk melawan jangkitan. Antara sebab-sebab yang boleh membuatkan bayi demam ialah selesema, sakit tekak, jangkitan telinga, masalah pernafasan, batuk dan virus yang mengakibatkan ruam. Akan tetapi, ibu bapa perlu memberi perhatian jika bayi berusia di bawah enam bulan mengalami demam panas. Hal ini kerana bayi di usia ini tidak patut masalah suhu badan yang tinggi. Bawa bayi anda berjumpa dengan doktor jika suhu badan bayi anda yang berusia tiga bulan ke bawah adalah melebihi 38°C dan jika suhu badan bayi anda yang berusia tiga hingga enam bulan melebihi 39°C.

Ramai antara ibu bapa yang cuba memastikan sama ada bayi/anak mereka demam dengan cara meletakkan tangan anda pada dahi bayi tersebut untuk merasa suhunya. Bagaimanapun, kaedah ini kadangkala tidak benar-benar tepat kerana ada kalanya badan anak anda panas dalam. Justeru, cara paling tepat adalah dengan mengambil jangka suhu dan sukat bacaan suhu badannya. Jika suhu badan anda melebihi 36°C itu adalah tanda anak anda demam.

Selain itu, jika anak anda mengalami demam berpanjangan dan tidak aktif, demam yang dialami mungkin disebabkan oleh jangkitan atau isu kesihatan lain yang serius, berbanding jika anak anda demam tetapi aktif bermain.

Lazimnya, demam biasa akan pulih antara tiga atau empat hari. Jika bayi anda demam melebihi tempoh yang sepatutnya serta mengalami sakit-sakit lain seperti muntah, batuk dan cirit-birit, ia bererti si kecil anda memerlukan rawatan doktor.


Antara simptom bayi yang mengalami demam ialah:

  • Suhu badan antara 36.5 hingga 37.5°C
  • Badan menggigil
  • Kesejukan
  • Lemah badan
  • Kurang selera makan

Bagi meredakan demam bayi, anda boleh cuba kaedah-kaedah berikut:

  1. Beri bayi anda minum dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi
  2. Lapkan bayi anda dengan tuala yang lembab untuk menurunkan suhu badannya
  3. Jika usia anak anda lebih lapan minggu, anda boleh berikan ubat demam yang khusus untuk bayi bagi menurunkan suhu badannya. Bagaimanapun, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memberikan sebarang ubat kepada bayi
  4. Pakaikan bayi pakaian daripada kain kapas yang nipis, sebaik-baiknya yang berwarna putih atau pastel.
About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.