Penjagaan Lengkap dan Penuh Kasih Sayang
Penjagaan Lengkap dan Penuh Kasih Sayang

Penjagaan Lengkap dan Penuh Kasih Sayang

Pusat penjagaan merupakan perkhidmatan yang paling penting bagi ibu bapa masa kini, khususnya bagi keluarga di mana kedua-dua ibu bapa berkerjaya professional, usahawan atau terlibat dalam 2 hingga 3 kerja dalam satu-satu masa. Apa yang lebih utama ialah, memilih pusat penjagaan yang benar-benar menepati keperluan mereka.

Pusat penjagaan, Munchkin Childcare Centre menawarkan pembelajaran awal yang bermutu tinggi, harga mampu dan program penjagaan bermula dari usia 2 bulan hingga 4 tahun. Fokus utama kami ialah untuk memupuk minat semula jadi kanak-kanak untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Pusat penjagaan ini dipelopori oleh seorang ibu yang merupakan bekas pegawai Jualan Korporat yang cemerlang. Oleh kerana memahami sepenuhnya situasi ibu bapa masa kini, beliau terdorong untuk menubuhkan Munchkin Childcare Center demi menawarkan hanya yang terbaik mengikut keperluan ibu bapa.

Prinsip Munchkin adalah, kanak-kanak harus sentiasa gembira, sihat, bersih dan membesar menjadi sebahagian daripada generasi yang beretika. Kami adalah pakar dalam membantu ibu bapa menghadapi pengalaman yang bebas tekanan apabila berdepan isu penjagaan anak mereka. Ibu bapa juga dapat memantau penjagaan anak mereka melalui Aplikasi Peribadi Pintar Munchkin.

Perkhidmatan di Munchkin Childcare Centre:

  • Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dari 7 pagi hingga 7 petang, dari usia 2 bulan hingga 4 tahun (Kerja lebih masa disediakan).
  • Penjagaan Mudah Alih atau mengikut jam.
  • Pusat dilengkapi pendingin hawa dan kamera litar tertutup (CCTV).
  • Pembersihan harian dan pembersihan utama secara bulanan.
  • Aplikasi peribadi pintar untuk memantau pergerakan kanak-kanak.
  • Program yang direka khas mengikut umur dan pembangunan kanak-kanak.
  • Pemakanan lengkap (3 kali sehari) termasuk vitamin.
  • Pendidik yang diiktiraf dengan Sijil KAP, CPR, SKM dan Sijil pemakanan sihat.
  • Penglibatan bersama ibu bapa dan pendidik.

Baru-baru ini, Munchkin Child & Daycare telah memenangi kategori Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Cyberjaya, Selangor) dalam BabyTalk Readers’ Choice Awards.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web, Facebook dan Instagram .

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.