Bzu Bzu: Kerana Bayi Anda Berhak Menikmati Yang Terbaik
Bzu Bzu: Kerana Bayi Anda Berhak Menikmati Yang Terbaik

Bzu Bzu: Kerana Bayi Anda Berhak Menikmati Yang Terbaik

Kasih ibu – tiada yang setanding dengannya. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tidak mengenal erti penat lelah, perkara ini jelas dapat dilihat melalui cara mereka menjaga anak-anak sejak lahir. BZU BZU, jenama penjagaan keluarga yang terkenal dengan memiliki kualiti serta daya tarikan pengguna, sangat menyokong ikatan istimewa ini. BZU BZU, yang merupakan jenama pemegang anugerah, menawarkan penjagaan kulit lembut dan berkesan, yang memberi manfaat iaitu kulit halus dan sihat bagi bayi.

Rutin Penjagaan Kulit Bayi Perlu Diberi Keutamaan

Semasa penjagaan bayi, anda akan menerapkan seluruh jiwa dan hati terhadapnya. Inilah yang akan menggambarkan rasa kasih dan sayang terhadap bayi. Inilah detik-detik yang istimewa, dengan ikatan yang tidak dapat digambarkan dengan apa-apa cara lain pun. Sebagai seorang ibu, mungkin anda ingin sekali supaya bayi anda tahu bahawa anda sangat menyayanginya. Selain itu, perasaan prihatin, dan tidak mahu sesuatu yang memudaratkan bayi anda pasti sentiasa terlintas dalam fikiran.

Demi kasih sayang terhadap bayi anda, tentunya anda hanya menggunakan produk penjagaan kulit yang terbaik untuk kulit bayi yang masih sedang berkembang. Fikir kesucian. Fikir kelembutan, Fikir keselesaan. Adakah produk penjagaan kulit bayi anda sekarang memiliki kualiti-kualiti ini? Sekiranya tidak, sudah tiba masanya untuk anda beralih ke BZU BZU.

Apakah yang harus dititikberatkan tentang penjagaan kulit bayi anda? Antaranya adalah bayi anda perlu berasa nyaman, kering dan selesa supaya sentiasa gembira dan tersenyum! Inilah sebabnya mengapa Cooling Baby Powder dari BZU BZU menjadi kewajiban pada waktu siang.

Cooling Baby Powder BZU BZU: Semestinya Selesa Sepanjang Hari

Memilih bedak yang baik untuk bayi anda mungkin kelihatan cukup mudah, tetapi tahukah anda bahawa terlalu banyak jenama bedak bayi yang masih menggunakan talkum sebagai ramuan utamanya? Sekiranya anda tidak sedar, serbuk talkum boleh menyebabkan bahaya pada kulit bayi anda, malah, lebih teruk lagi, ia adalah sejenis karsinogen! Kami amat pasti anda tidak akan membiarkan bayi anda terdedah kepada bahan seperti itu – pastikan kesihatan dan keselamatan kulit bayi anda sentiasa dipilihara

Cooling Baby Powder BZU BZU diberbuat daripada kanji jagung tulen, yang amat berkesan untuk menyerap kelembapan, menjadikan kawasan lampin bayi sentiasa nyaman dan kering. Bahan-bahan lain yang tidak terdapat dalam produk ini, namun ia masih boleh didapati pada beberapa jenama bedak bayi yang lain adalah seperti fluorenscence, asbestos, parabens, dan juga formaldehid.

Sebaliknya, Cooling Baby Powder BZU BZU mengandungi kebaikan penjagaan kulit kerana mengandungi bahan-bahan seperti Evening Primrose, Jiou (Rehmannia Root), dan Ekstrak Daun Persik. Bahan-bahan ini dapat menjadikan kulit lebih dingin dan segar untuk jangka masa yang lebih lama. Biarkan bayi anda membuktikan kenyataan ini!

Produk ini menggunakan aplikator lembut yang diperbuat daripada kapas dan bebas dari pewarna tiruan dan fluorenscence, dan merupakan kaedah aplikasi inovatif untuk penggunaan kandungan (bedak) yang lebih memuaskan. Cooling Baby Powder BZU BZU menawarkan perbezaan yang amat ketara untuk kulit bayi pada waktu siang dengan memberi keselesaan pada kulit bayi anda. Gunakannya selepas memandikan bayi, semasa setiap penukaran lampin, dan bila-bila masa yang diperlukan, untuk menyegarkan kulit si comel.

Rutin waktu malam dengan duo yang menenangkan ini:
BZU BZU Head To Toe Baby Wash dan BZU BZU Cooling Baby Lotion

Ada sesuatu yang sangat istimewa dan menenangkan yang berkaitan dengan rutin pada waktu malam untuk bayi. Rutin ini akan memberi isyarat kepada si kecil bahawa waktu tidur semakin hampir, dan perkara ini membuatkan mereka lebih santai dan bersedia untuk lelap mata. Apabila penjagaan kulit dijadikan sebahagian daripada rutin bayi pada waktu malam, tentu manfaatnya amat besar sekali, terutamanya jika produk yang betul digunakan. Cubalah produk mandian khas ini, yang mendorong anak kecil untuk bersantai dan bersedia untuk tidur: BZU BZU Head-To-Toe Baby Wash. BZU BZU Head-To-Toe Wash sangat sesuai untuk membersihkan kulit bayi, dengan Calming Scent (™) yang didapati amat berkesan untuk meningkatkan kualiti tidur untuk bayi. Ia diperbuat menggunakan bahan anti-radang dan antibakteria bernama Qubaku, yang juga dapat  melembapkan kulit, serta Daun Peach yang kaya dengan antioksidan untuk merawat kulit bayi semasa mandian. Produk ini amat disarankan kerana bebas daripada paraben, alkohol, DEA, MEA, TA, Formaldehid serta asid sulfur.

Setelah memandikan bayi anda dengan penuh kasih sayang, kami mengesyorkan penggunaan pelembap kulit bayi yang berkesan bagi memastikan kulit bayi anda mendapat penjagaan dan perlindungan terbaik semasa waktu malam.

Diformulasikan dengan menggunakan yuzu ceramides, BZU BZU Cooling Baby Lotion dapat menyembuh dan melembapkan kulit bayi, dan ia melindungi kulit bayi daripada kekeringan. Hal ini penting kerana kebanyakan keluarga sekarang cenderung untuk tidur di dalam bilik yang berhawa dingin, di mana udara di dalam bilik ini boleh menjadikan kulit bayi sangat kering.

Alga, antara bahan lain yang terkandung dalam produk ini, meningkatkan kelembapan pada kulit bayi, dan memastikannya ia dihidrat dengan lembut. Bahan lain, Okura, seterusnya melindungi kulit bayi daripada kehilangan kelembapan pada waktu malam, yang pasti memberi perbezaan besar terhadap kesihatan kulit bayi anda.

Kesimpulannya, rutin penjagaan kulit bayi anda amat bermanfaat, dan ia akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan anda serta bayi. Secara tidak langsung, ia akan mencipta ikatan kasih sayang dan detik-detik terindah yang akan dihargai oleh bayi dan anda. Produk penjagaan kulit bayi BZU BZU memberi jaminan untuk menjadikan ia sesuatu rutin yang terbaik.

Anda boleh mendapatkan produk-produk pemenang anugerah ini di pasaraya terpilih seperti AEON, Lotus, Watsons dan kedai rasmi atas talian di Shopee and Lazada.

BZU BZU telah muncul sebagai pemenang dalam dua kategori dalam BabyTalk Readers ‘Choice Awards 2021 baru-baru ini, iaitu Bedak Bayi Semula Jadi, dan Mandian Semula Jadi Bayi (Kulit Sensitif).

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati Facebook dan Instagram BZU BZU Malaysia atau layari laman web.

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.