STERIMAR Kebersihan Hidung Bayi: Penjagaan dan kasih sayang bagi hidung bayi anda
STERIMAR Kebersihan Hidung Bayi: Penjagaan dan kasih sayang bagi hidung bayi anda

STERIMAR Kebersihan Hidung Bayi: Penjagaan dan kasih sayang bagi hidung bayi anda

Mereka yang baru kali pertama bergelar ibu mungkin  tidak biasa dengan keadaan   bayi mereka dalam keadaan berair, melekit serta berkerak dari masa ke semasa. Mungkin agak lucu apabila bayi anda bersin, apatah lagi apabila terdapat gelombang besar di lubang hidungnya yang meletup, dan menyebabkan si-kecil ketawa besar. Namun, ia juga mungkin membawa ketidakselesaan kepada bayi anda.

Hidung yang tersumbat, misalnya, merupakan gangguan yang tidak selesa bagi semua individu tidak mengira peringkat umur, termasuklah bayi. Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada bayi anda – si kecil anda tidak dapat melakukan apa-apa dengan sendiri. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk sentiasa memastikan supaya hidung bayi tidak tersumbat dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut agar bayi anda dapat bernafas dengan selesa.

Kebanyakan waktu, agak ketara jika hidung bayi anda mengalami masalah. Lendir pada hidung bayi selalunya dapat dilihat oleh ibu bapa, sama ada di dalam lubang atau pada sekitar kawasan hidung. Bayi anda mungkin mengalami gangguan  , mendengus, atau meragam – semuanya merupakan petanda bahawa hidung mereka tersumbat. Disebabkan oleh saluran hidung mereka yang kecil, bayi yang baru lahir lebih cenderung untuk mengalami masalah hidung tersumbat berbanding kanak-kanak atau orang dewasa. Kebiasaannya kesesakan pada hidung hanya kesesakan yang minor, oleh itu ibu bapa hanya perlu membersihkan tanpa curiga. Sangat penting disini untuk memberi perhatian sekiranya kesesakan ini berlaku lebih dalam pada dada bayi. Hal ini mungkin menunjukkan kepada perkara yang lebih serius seperti masalah asma, radang paru-paru, atau masalah lain yang memerlukan rawatan pakar profesional.

Masalah hidung yang tersumbat ini boleh menyebabkan bayi yang baru lahir sukar untuk tidur dan makan. Kesannya bayi akan mudah meragam dan menangis. Bersyukurlah, kerana produk berikutnya, iaitu STERIMAR Nose Hygiene Baby, dapat membantu anda.

STERIMAR Untuk Kebersihan Hidung Bayi
Kadangkala, agak sukar bagi ibu bapa untuk membersihkan hidung bayi mereka, walaupun menggunakan tisu yang paling lembut, atau dengan menggunakan aspirator hidung yang canggih. Lebih-lebih lagi, melihat keadaan hidung bayi yang tersumbat sudah tentu akan membuatkan anda berasa cemas dan bimbang.  Dengan adanya STERIMAR Nose Hygiene Baby, ibu bapa kini dapat menangani masalah hidung tersumbat secara pantas dengan penentangan minima daripada si kecil!

STERIMAR Nose Hygiene Baby ialah alat penyembur hidung yang boleh digunakan pada setiap hari, dengan selamat, untuk membersihkan hidung dengan lembut. Ia juga menghilangkan kekotoran (habuk, zarah halus, lendir, alergen), melembabkan dan mengembalikan semula kelembapan semulajadi pada mukosa hidung (pemanasan, penghawa dingin), mengelak daripada gangguan ENT (selsema, otitis), serta menambahkan lagi sistem pertahanan mukosa dalam hidung. Di samping itu, produk ini juga dapat membantu bayi anda bernafas dengan lancar.

Adakah semua ini kedengaran bagus? Ketahuilah bahawa terdapat banyak manfaat dalam pengunaan produk pemenang anugerah ini.

Contohnya, tidur yang berkualiti pada waktu malam – ia sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental bayi anda. Berkaitan dengan itu, alat penyembur daripada STERIMAR ini dapat membantu. Ia juga turut digunakan oleh pakar terapi pernafasan dalam merawat penyakit bronkitis. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, adalah sangat digalakkan untuk menggunakannya setiap hari untuk si kecil mereka. Selain itu, ia juga dapat mendidik anak-anak untuk menjaga kebersihan hidung sejak kecil lagi!

Penyembur hidung STERIMAR bayi bebas daripada bahan pengawet, dan bersifat isotonik, di mana ia menggunakan 100% larutan air laut semulajadi yang telah ditapis. Garam mineral dan unsur surih laut turut digunakan bagi memberi kesan-kesan positif yang berpanjangan. Selain itu, larutan isotonik yang terdapat dalam penyembur STERIMAR ini juga mempunyai kepekatan garam yang berfungsi sebagai sel dalam tubuh badan manusia. Jangan bimbang tentang bila atau berapa kerap anda menggunakannya kerana ini adalah penyelesaian semulajadi, berbanding dengan kesan daripada pil atau ubat cecair. Hanya dengan membersihkan hidung, ia dapat membantu bayi anda tidur dengan lena pada waktu malam.

Sama seperti hidung dewasa yang kering, anda boleh menggunakan penyembur yang diciptakan khas ini sekiranya anda tidak dapat mengelap hidung bayi kerana terdapat lendir yang terlalu pekat di dalam lubang hidungnya atau kotoran yang sukar untuk dikeluarkan. Penyembur hidung ini turut digunakan untuk mencairkan sebarang bendalir di dalam hidung bayi.

Pertama, baringkan bayi anda. Sebelum gunakan penyembur, tekan dahulu beberapa kali sehingga semburan halus keluar. Kemudian, masukkan muncung perlahan-lahan ke dalam lubang hidung dan pam. Biarkan cecair hingus dari hidung mengalir sebelum mengelapnya. Seterusnya, lakukan langkah tersebut di lubang hidung yang bertentangan. Lakukan 2 hingga 6 kali sehari, atau lebih kerap jika perlu untuk setiap lubang hidung.  Biarkan beberapa ketika supaya berkesan, dan biarkan lendir dari hidung si kecil mengalir keluar.

Walaupun hidung bayi anda berair atau tersumbat, jangan bimbang, ini adalah sebahagian daripada proses kehidupan bayi yang normal. Belajarlah cara bagaimana untuk membersihkan hidung bayi dengan betul dan selamat agar mereka lebih selesa untuk bernafas. Dengan adanya STERIMAR di samping anda, detik-detik ini akan menjadi lebih bermakna untuk bayi dan kepada diri anda sendiri!

STERIMAR Nose Hygiene and Comfort muncul sebagai pemenang dalam Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk 2021 dalam kategori Semburan Hidung Untuk Bayi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati tapak web mereka,  Facebook dan  Instagram .

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.