Jom ketahui mengapa! Lil Unicorn dari Dwi Emas, menjadi buah mulut ibu bapa.
Jom ketahui mengapa! Lil Unicorn dari Dwi Emas, menjadi buah mulut ibu bapa.

Jom ketahui mengapa! Lil Unicorn dari Dwi Emas, menjadi buah mulut ibu bapa.

Adakah sistem pendidikan terbaik yang ada di dunia telah kita miliki? Sebagai permulaan,perlu diakui bahawa sistem pendidikan di Finland merupakan sistem pendidikan terbaik dunia, dan jika hendak dibandingkan, ini adalah penanda aras yang baik untuk ibu bapa!

Kita dapat simpulkan disini bahawa cara penduduk Finland mendidik anak-anak merupakan cara yang sudah semestinya diingini oleh setiap ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ini adalah sebabnya.

Sudah menjadi satu budaya dan kebiasaan bagi ibu bapa di Asia untuk memastikan anak-anak mereka supaya memperoleh nilai ‘A’ dengan banyak dalam setiap peperiksaan. Oleh itu, kanak-kanak ini akan bersaing bagi mendapat tempat dalam peperiksaan yang mereka jalani. Namun begitu, sekiranya matlamat ini gagal dicapai ia dianggap sebagai suatu perkara yang akan memalukan nama keluarga. Akhirnya, kanak-kanak ini akan mula berasa tertekan untuk melaksanakan apa pun. Jangan salah faham, tidak salah untuk mencipta sesebuah kejayaan dan kanak-kanak mempunyai hak tersendiri untuk mendapatkan pendidikan yang cemerlang! Namun begitu, ketika dunia sedang berkembang maju dan mengalami perubahan yang pesat, kanak-kanak ini terpaksa mengorbankan masa kecil mereka untuk berjaya di sekolah. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Sistem pendidikan Finland amat berbeza dengan sistem pendidikan di Asia, di mana kanak-kanak di sini diajar sambil masih membolehkan mereka menikmati zaman kanak-kanak. Tambahan pula, mereka turut dibimbing dalam melaksanakan sesuatu kemahiran yang akan membantu mereka dalam kehidupan seharian. Pendidikan seperti ini merupakan pembelajaran yang menyeronokkan, di samping masih dapat mengekalkan kepentingan akademik. Kini, lihat perbezaannya?

Sekarang, bagaimana jika kita menggabungkan kedua-dua konsep pendidikan ini?

Di Lil Unicorn, Dwi Emas, mereka menawarkan pengalaman pendidikan Barat dan Timur yang boleh dinikmati dan dirasai oleh kanak-kanak, supaya mereka boleh mencapai sistem pendidikan yang hebat di samping dapat mengekalkan sistem pendidikan dan budaya di Asia serta masih membolehkan mereka dapat menikmati kenangan semasa zaman kanak-kanak yang sangat berharga! kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan? Sebenarnya ia lebih baik,daripada apa yang kita sangkakan, kerana di Lil Unicorn, semua kanak-kanak dibimbing dan digalakkan untuk mendalami dunia keusahawanan yang mempunyai peluang dan pengalaman tidak terkira yang menanti mereka.

Program Powerpreneur Lil Unicorn
Komponen yang terdapat dalam kurikulum Lil Unicorn termasuklah Program Powerpreneur yang dapat memenuhi segala keinginan kanak-kanak, bersama-sama dengan kecenderungan semulajadi mereka untuk menjadi tidak takut dan berani mengambil peluang tanpa menghakimi diri mereka sendiri. Sifat semula jadi pada kanak-kanak ini perlu sentiasa dipupuk dan disemai bagi membolehkan mereka lebih menghayati semangat keusahawanan dengan mudah.

Sudah semestinya semua ibu bapa bersetuju bahawa menerapkan semangat keusahawan sejak kanak-kanak ini masih kecil merupakan idea yang baik bagi membolehkan mereka menikmati kebaikannya. Oleh itu menariknya Program Powerpreneur ini, adalah supaya mereka dapat belajar pada usia yang muda bagi mengenalpasti peluang baik dan memanfaatkannya. Ditakrifkan oleh 12 Tonggak Powerpreneurship, yang merupakan kemuncak perjalanan keusahawanan pengasas itu sendiri, Program ini mengajar kanak-kanak tentang jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah dan mencipta peluang untuk diri dan orang-orang yang ada di sekeliling mereka.

Kesimpulannya, Pendidikan Finland-Asia yang komprehensif melalui Lil Unicorn ini adalah berkaitan tentang apa yang kanak-kanak masa ini perlukan, bagi memperoleh pengalaman pendidikan holistik yang menyeronokkan, dan apa yang paling penting bagi orang Asia, adalah untuk tidak mengabaikan kepentingan akademik. Ini adalah baik untuk kanak-kanak, mereka pasti menyukainya!

Lil Unicorn telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk dalam kategori Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dengan Ciri-ciri Keusahawanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan halaman   Facebook mereka.

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.