Adakah Perlu untuk Anda Mendapatkan Pelan Insurans Kesihatan selepas Bersalin?

Setiap pasangan yang dikurniakan bayi mempunyai tanggungjawab yang besar. Selain memberi komitmen sepenuhnya sebagai ibu bapa, mereka juga perlu bersiap sedia dari aspek kewangan semasa kehamilan, bersalin dan sebagainya. Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa mempunyai insurans kesihatan sangat penting untuk tujuan bersalin, bagi meringankan beban ibu bapa semasa proses membesarkan bayi.

Polisi bagi sesuatu insurans kesihatan asas biasanya hanya melindungi kecemasan perubatan tertentu sahaja. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai rancangan untuk hamil, anda disarankan untuk membuat pertimbangan dalam memilih insurans kesihatan khusus buat wanita, yang pada kebiasaanya memiliki faedah bersalin dan penjagaan bayi.

Polisi insurans khusus ini direka buat wanita yang mahu menampung keperluan penjagaan kesihatan wanita yang mungkin tidak disediakan oleh pelan insurans kesihatan standard. Contohnya, penyakit berkaitan wanita serta penjagaan semasa bersalin, perlindungan bayi baru lahir dan banyak lagi. Untuk pengetahuan semua pasangan yang bakal bergelar ibu bapa, insurans eksklusif untuk wanita merangkumi pelan seperti perlindungan ibu. Ia biasanya membabitkan bayaran oleh pasangan sekiranya perbelanjaan perubatan tidak dijangka berlaku semasa mengandung atau semasa bersalin.

Contohnya, polisi PRULady Prudential melindungi bakal ibu terhadap komplikasi kehamilan dan anak-anak mereka daripada penyakit kongenital seperti spina bifida, bibir sumbing, kecacatan septum ventrikel dan lain-lain. Perlindungan yang diberikan termasuk perlindungan terhadap kemalangan atau kejadian di luar kawalan yang mengakibatkan ibu bapa kehilangan anak mereka, seperti pembekuan intravaskular yang disebarkan (selepas tujuh bulan kehamilan), kehamilan ektopik, eklampsia, keguguran lewat selepas minggu ke-18, dan kematian janin atau bayi selepas 30 hari kelahiran.

Pelan yang diperkatakan ini juga termasuk faedah bersalin, yang membolehkan anda menuntut pampasan sehingga tiga kali ganda. Selain itu, ia turut menyediakan perlindungan untuk pelbagai jenis penyakit berkaitan wanita seperti seperti kanser (payudara, pangkal rahim (serviks), rahim (uterin), tiub fallopio, ovari, atau faraj/vulva) dan lupus eritematosus sistemik iaitu komplikasi buah pinggang yang teruk dan tahap kesihatan berkaitan usia seperti patah tulang osteoporotik dan rheumatoid arthritis.

Di samping itu, polisi insurans kesihatan khusus wanita lain juga mungkin menggabungkan perlindungan untuk ketidaksuburan.Sebagai contoh, Polisi PersonaLady dari Etiqa dan Lady Protector dari Great Eastern menawarkan pampasan tunai dalam membantu mereka yang tidak mampu melahirkan zuriat akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada organ pembiakan mereka seperti (ovarium atau rahim).

Sebelum membuat keputusan memilih pelan faedah bersalin yang betul, pertimbangkan faktor -faktor ini:

  • Kenal pasti belanjawan kewangan anda dan jumlah yang anda laburkan dalam polisi insurans kesihatan. Perkara ini akan membantu anda untuk memilih jumlah premium yang betul.
  • Semak dengan ejen atau syarikat insurans mengenai tempoh menunggu pelan bersalin.
  • Sentiasa berjaga-jaga dengan rangkaian institusi atau hospital penjagaan kesihatan penyedia insurans kesihatan.
  • Baca terma polisi dengan teliti untuk mengelakkan sebarang pertikaian atau kesulitan yang mungkin timbul semasa penyelesaian tuntutan.
About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.