Ajar Anak Bijak Menyimpan

Amalan berjimat cermat ini seharusnya dimulakan sejak kecil lagi. Bagaimanakah agaknya untuk melahirkan generasi yang bijak menyimpan?

Anda boleh mulakan dengan beberapa kaedah berikut:

Role model
Ibu bapa mesti menjadi role model kepada anak di mana anda harus sentiasa menunjukkan contoh perbelanjaan berjimat, seperti membuat perbandingan harga untuk sesuatu barangan yang hendak dibeli.

Buku wang saku
Wujudkan buku wang saku supaya anak anda dapat mencatat segala perbelanjaan dan membolehkan anak anda mengesan di mana penjimatan dapat dilakukan dan seterusnya simpanan dapat dibuat.

Bercerita sebelum tidur
Wujudkan kesedaran minda bawah sedar anak-anak untuk berjimat. Salah satu caranya adalah dengan bercerita tentang faedah berjimat-cermat sebelum waktu tidur. Ini kerana pada waktu ini gelombang minda berada dalam alfa yang membuatkan segala yang didengar dapat direalisasikan dengan lebih baik.

Fear Factor
Gunakan fear factor dengan memberitahu kesan negatif yang bakal berlaku kepada individu yang boros dalam berbelanja. Contohnya, individu yang boros akan menyebabkan hidupnya dikelilingi hutang dan hidup merempat.

Menabung
Mulakan dengan tabiat menyimpan secara kecil-kecilan. Contohnya, anda meminta anak supaya menyimpan RM1.00 atau RM2.00 daripada wang sakunya pada setiap hari di dalam tabung.

Pujian
Jika anak anda sudah belajar menabung, berikan pujian kepada sikapnya yang suka menyimpan. Contohnya, “Baguslah sikap anak Mama ni, pandai berjimat cermat”.

Buka buku akaun
Bawalah anak anda ke bank apabila tabung mereka telah penuh dan buka akaun simpanan untuk mereka bagi menunjukkan keseriusan anda terhadap tabiat bijak menyimpan.

Ketujuh-tujuh tips di atas jika diamalkan, akan memberi impak yang besar kepada anak anda terhadap sikap berjimat cermat bagi melahirkan generasi yang bijak menyimpan demi masa depan yang lebih cerah. Sememangnya kebahagiaan keluarga tidak boleh dibeli dengan wang dan harta kekayaan. Namun, golongan bijak pandai juga ada menyatakan bahawa “Wang bukanlah segala-galanya, namun segala urusan di dunia memerlukan wang”. Selamat mencuba


Artikel ditulis oleh Mohd Zakri Rihan, Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka.

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.