Tingkat Kesihatan Sistem Penghadaman Kanak-kanak

Masalah penghadaman bukan hanya berlaku kepada orang dewasa sahaja, bahkan kanak-kanak juga turut mengalaminya. Masalah penghadaman seperti perut kembung atau perut berangin, cirit-birit, sembelit dan penyakit radang usus boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuklah tabiat pemakanan. Sempena Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia, kami bawakan kepada anda tips untuk membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak. Semuanya adalah tentang tabiat pemakanan! Continue reading

Fasa 6 Minggu Pertama Selepas Bersalin

Minggu-minggu terawal selepas bersalin adalah tempoh penting bagi si ibu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dengan penat bersalin yang masih belum habis, si ibu perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi baru. Belum lagi ditambah dengan hal menguruskan diri sendiri. Disebabkan itulah, fasa berpantang dibuat bagi membolehkan para ibu baru berehat dan memanjakan diri selepas bersalin. Semua ibu baru perlu mendapatkan tempoh rehat selepas bersalin bagi mengelakkan gejala meroyan. Continue reading

Disiplin Tanpa Menjerit

Ingatkah anda akan cara didikan yang diterapkan oleh ibu bapa kita sewaktu kecil dahulu? Kebanyakan ibu menggunakan cara jeritan untuk tujuan mendisiplinkan anak. Berbeza dengan cara si bapa yang hanya menggunakan bahasa tubuh bagi mengajar si anak. Yang mana lebih berkesan? Cara ibu atau cara bapa? Continue reading

Bermain Olok-olok

Ingat lagi tak alam kanak-kanak anda, ketika anda bermain polis-polis, cikgu-cikgu dan doktor-doktor? Mungkin bagi anda, aktiviti ini adalah sesuatu yang biasa. Namun, sebenarnya banyak manfaat yang boleh kanak-kanak dapati melalui aktiviti ini. Continue reading

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.