Bayi menangis berterusan tanpa diketahui sebabnya. Mungkin ini tanda-tanda masalah kembung perut. Cubalah cara tradisional untuk merawat masalah kembung perut bayi.
• Layurkan dua helai daun sirih pada api dan sapukan dengan sedikit minyak kelapa. Biarkan sehingga suam-suam. Kemudian tuamkan pada sekitar perut, ari-ari dan sekitar kemaluan bayi (elok bagi bayi lelaki yang kerap diserang angin pasang).
• Tumbukkan bawang kecil sehingga keluar air dan sapukan pada pusat bayi
• Masukkan dua atau tiga biji lada hitam dan jintan manis ke dalam kain. Ikat kain seperti sup bunjut. Panaskan ikatan kain di atas tudung periuk. Setelah agak-agak suam boleh tuamkan pada perut bayi.
• Biarkan bayi meniarap dengan keadaan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
• Setiap kali selepas menuam, sapukan minyak bayi pada perut, peha, tapak kaki, pelipat tangan dan bahagian belakang pinggang bayi.