Berjemur di Tengah Panas

Tidak dapat dinafikan, cuaca di negara kita semakin lama semakin panas. Terbaharu, cuaca panas kering di Malaysia dianggarkan melebihi 33°C. Yang bagusnya jika cuaca panas, sudah tentu pakaian akan cepat kering. Akan tetapi, harus diingat bahawa pancaran terik cahaya matahari juga boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit terutama bayi dan kanak-kanak. Continue reading

Makanan Bayi Homemade Vs Komersil

Proses bercerai susu untuk bayi seawal usia enam bulan bukanlah perkara yang mudah. Anda perlu memperkenalkan makanan pejal pertamanya secara berperingkat. Malah, pemilihan makanan juga perlulah tepat supaya bayi mendapat khasiat dan nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka. Banyak resipi yang telah anda cuba lakukan di rumah, namun anda juga ada kalanya rambang mata melihat makanan bayi komersil yang banyak terdapat di pasaran. Continue reading

Cara Tradisional Redakan Demam

Pasti anda risau bukan jika si manja anda demam? Lebih-lebih lagi jika bayi anda demam panas. Cubalah cara tradisional untuk merawat demam atau sekurang-kurangnya meredakan demam anak anda. Namun, ingat! Petua tradisional ini hanya cadangan sahaja dan anda disarankan untuk membawa anak anda berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Continue reading

Teknik Urutan Bayi Selamat & Berkesan

Magis sentuhan terhadap bayi tidak dapat disangkal lagi. Sentuhan umpama terapi yang mampu menyalurkan kasih sayang ibu bapa terhadap zuriat mereka. Apatah lagi kuasa sentuhan juga diyakini dapat membantu dalam perkembangan dan tumbesaran bayi. Justeru itu, siapkanlah meja mengurut atau bentangkan tikar bayi di atas tilam bersama semangkuk kecil minyak bayi berasaskan mineral atau sayuran. Continue reading

Perkara Asas Tentang Penghadaman Bayi Baru Lahir

Saluran penghadaman bayi baru lahir belum berfungsi sepenuhnya dan terdedah kepada jangkitan. Apa-apa yang masuk ke dalam mulut si manja anda akan terus ke saluran pencernaan, di mana saluran tersebut masih belum bersedia untuk melawan bakteria dan patogen lain. Dalam tempoh enam bulan selepas lahir, sistem penghadaman bayi anda akan mengalami perubahan yang besar di mana ia boleh menghasilkan enzim untuk mencerna makanan dan antibodi untuk perlindungan dirinya. Continue reading

Lakukan Ujian Pendengaran Awal

Masalah pendengaran seringkali dikaitkan dengan warga emas. Namun, tahukah anda bahawa masalah ini juga boleh berlaku kepada bayi baru lahir? Ikuti temubual lanjut mengenai masalah pendengaran di kalangan bayi dan kanak-kanak bersama Pakar Audiologi Kanan Nessa Malaysia, Hakim Zin. Continue reading

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.