BEST Cord Blood Storage
Kejaminan Warisan Anda
Dengan kemunculan teknologi sel stem, ibu bapa kini dapat membuat pilihan untuk menyimpan sel stem yang diperolehi daripada tali pusat bayi mereka. Memandangkan ia adalah peluang sekali seumur hidup, mencari pakar yang boleh dipercayai untuk menyimpan darah tali pusat adalah amat penting.
Puluhan ribu keluarga mempercayai kepakaran CryoCord yang tidak berkompromi, serta profesionalisme dan integritinya dalam menyimpan sel stem berharga mereka. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. CryoCord adalah syarikat yang pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan penyimpanan sel stem mesenkimal (CordMSCs). Makmal CryoCord adalah berstatus cGMP (PIC/S) yang telah disahkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Phamaceutical Regulatory Agensi (NPRA)) iaitu satu badan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, CryoCord juga diakreditasi oleh AABB (Association for the Advancement of Blood & Biotherapies) bagi Standards for Cellular Therapy Services, satu pertubuhan yang bertanggungjawab dalam menetapkan penanda aras bagi pembangunan dan pelaksanaan sistem berkualiti di seluruh dunia.
Klien CryoCord amat yakin dengan kemudahan bertaraf antarabangsa di CryoCord, antaranya ialah 9 bilik bersih kelas 100 (Gred B) yang dilengkapi dengan penapis udara HEPA, menjadikannya fasiliti yang paling bersih untuk menguruskan sel stem penyelamat nyawa, dengan jaminan tiada pencemaran.
www.cryocord.com.my | www.facebook.com/CryoCord | www.instagram.com/cryocord.malaysia