CryoCord Stem Cell Bank

BEST Stem Cell Bank

Bank Sel Stem yang Unggul di Malaysia

Servis bermutu tinggi, inovasi serta kecemerlangan adalah antara nilai-nilai yang membezakan sesuatu bank sel stem dengan yang lain dan di negara kita, demikianlah yang dapat diperkatakan tentang CryoCord.

Ditubuhkan hampir 20 tahun yang lalu, bank sel stem yang telah memenangi pelbagai anugerah ini adalah hasil visi sekumpulan professional perubatan dan pelaburan berwawasan yang berdedikasi, yang mevisualisasikan penubuhan bank cryopreservation sel stem di Malaysia. Setelah berkembang dalam kekuatan dan saiz, CryoCord kini menonjol di Asia Tenggara dan diyakini oleh puluhan ribu rakyat Malaysia yang bergantung pada kepakarannya dalam penyimpanan sel stem.

Makmal CryoCord telah disahkan dengan status cGMP (PIC/S) yang dianugerahkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Phamaceutical Regulatory Agensi (NPRA)), satu badan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. CryoCord juga diakreditasi oleh Association for the Advancement of Blood & Biotherapies (AABB) bagi Standards for Cellular Therapy Services. Ini adalah satu lambang kecemerlangan antarabangsa yang komited terhadap kualiti dan keselamatan. Dilengkapi dengan 9 bilik bersih kelas 100, makmal state-of-the- art CryoCord ini mengekalkan piawaian keselamatan dan kebersihan yang ketat untuk mengendalikan sel stem yang amat berharga. CryoCord merupakan syarikat pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan penyimpanan sel stem mesenkimal (CordMSCs). Ia juga menawarkan penyimpanan sel-sel imun (IMUENCEL) serta penyimpanan sel stem pluripoten teraruh (CordPSCs-i).

www.cryocord.com.my | www.facebook.com/CryoCord | www.instagram.com/cryocord.malaysia

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.