Menyusu badan merupakan satu proses semula jadi ibu yang baru melahirkan anak. Bagaimanapun, jadual kerja yang ketat, halangan yang tidak dapat dielakkan dan keletihan boleh menyebabkan tanggungjawab untuk menyusu badan bayi tidak dapat dipenuhi.
Bukan itu sahaja, memilih peralatan yang sesuai untuk membantu proses menyusu boleh menjadikan si ibu lebih tertekan.
Dengan kebanjiran pelbagai pilihan pam susu badan, antara peralatan yang perlu dipertimbangkan untuk persiapan proses menyusu badan ialah seperti beg penyimpanan susu, coli menyusu badan dan banyak lagi. Ini tidak bermakna anda boleh mengalah menyusu badan hanya kerana perkara-perkara kecil yang mungkin menjengkelkan. Dalam artikel ini, mari kita fahami secara lebih lanjut tentang faedah menyusu badan dan melihat peralatan yang boleh digunakan untuk melancarkan proses penyusuan badan supaya lebih mudah dan menyeronokkan seperti yang dikongsi oleh Dr. Balkees, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi dari Hospital Pantai, Pulau Pinang.
Memahami Penyusuan Susu Ibu dan Kebaikannya
Menurut Dr Balkees, menyusu badan merupakan aktiviti psikologikal kemanusiaan yang umum dengan faedah yang tidak terkira kepada ibu, anak, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.
Dalam sesi soal jawab di bawah, beliau mengetengah beberapa input penting mengenai bagaimana menyusu badan dan susu badan memanfaatkan kedua-dua ibu dan bayi.
Bagaimana penyusuan badan memberi kesan kepada kesihatan anak?
Dr Balkees: Susu badan merupakan kandungan unik yang sesuai dengan keperluan pemakanan bayi di samping membekalkan zat penting dengan sifat anti immunologi dan anti-radang yang melindungi bayi daripada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. Kolustrum atau ‘susu pertama’ membekalkan para bayi baru lahir dengan penggalak imuniti di samping membangunkan sistem imun untuk menyokong kesihatan sepanjang hayat. Kebanyakan bayi akan mendapat kesemua zat yang diperlukan menerusi kolostrum ibu pada beberapa hari pertama dilahirkan. Manfaat daripada menyusu badan didapati berterusan bukan sahaja semasa kanak-kanak masih kecil malah sehingga meningkat dewasa. Kanak-kanak yang mendapat susu badan kurang cenderung menjadi obes, berlebihan berat badan atau mendapat diabetes tahap 2 semasa meningkat dewasa di samping memiliki daya kecerdasan yang tinggi. Tambahan pula, bayi yang diberikan susu badan turut didapati kurang berdepan masalah tekanan darah tinggi di kemudian hari, sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.
Apakah kelebihan menyusu badan kepada para ibu?
Dr Balkees: Menyusu badan turut menawarkan pelbagai manfaat perlindungan kepada para ibu termasuk mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin, masalah kemurungan selepas bersalin, masalah jantung dan kanser payudara serta ovari. Ia juga dikaitkan dengan kurangnya risiko ibu dimasukkan ke hospital dan kematian akibat pentakit kardiovaskular dalam kalangan wanita pertengahan umur dan wanita yang lebih tua. Ia juga memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular ibu untuk tempoh jangka masa panjang.
Bagaimana menyusu badan boleh mengeratkan ikatan sillaturahim antara ibu dan anak?
Dr Balkees: Menyusu badan bukan sahaja bermanfaat untuk perkembangan fizikal kanak-kanak, malah ia juga memelihara dan mengukuhkan ikatan emosional ibu dan bayi apabila berlakunya sentuhan kulit ke kulit semasa proses menyusu.
Ketika menyusu badan, dua hormon penting akan dirembeskan oleh bahagian otak si ibu iaitu prolaktin dan oksitosin. Prolaktin (hormon ibu) membantu penghasilan susu badan dan membuatkan ibu rasa lebih selesa dan sayang pada bayi. Manakala oksitosin (hormon kasih) bertanggungjawab untuk ejeksi susu sekaligus meningkatkan perasaan euforia ibu.
Apakah peringkat-peringkat utama menyusu badan?
Dr Balkees: Bagi enam bulan yang pertama, susu badan merupakan satu-satunya makanan yang diperlukan bayi. Selepas enam bulan, bayi memerlukan makanan sokongan yang lain di samping susu badan ibu untuk perkembangan dan pembangunan yang sihat. Transisi daripada penyusuan badan eksklusif kepada makanan sokongan dirujuk sebagai suapan komplimentari dan lazimnya menguasai tempoh masa antara 18 hingga 24 bulan usia bayi. Ini bermakna, penyusuan badan harus berterusan sehingga bayi mencapai usia 2 tahun dan lebih. Ini kerana dua tahun yang pertama merupakan detik kritikal untuk memastikan bayi diberikan sumber makanan yang terbaik untuk perkembangan yang optimum.
Tahukah Anda?
Warna susu badan ibu boleh berubah setiap hari (kebiruan, kekuningan atau keperangan) tertakluk kepada pemakanan si ibu.
– Dr Balkees –
Keperluan Menyusu Badan
Dalam bahagian ini, mari kita lihat jenis peralatan yang diperlukan ibu menyusu ketika setiap peringkat.
Aksesori untuk menyusu badan bayi baru lahir
Beberapa hari pertama bersama bayi anda mungkin sedikit sibuk, oleh itu pastikan anda benar-benar bersedia. Sama ada masih berada di hospital atau sudah pulang ke rumah, pastikan anda mempunyai barangan yang disebutkan di bawah untuk menyokong proses menyusu badan:
- Coli menyusu badan, coli malam dan vest pelindung payudara
- Baju malam atau pijama menyusu badan
- Bantal menyusu badan
- Pad menyusu badan guna semula atau pakai buang
- Kain muslin
- Krim puting payudara
- Pembentuk puting (Nipple formers) jika anda mempunyai puting yang leper atau tenggelam
Sebagai tambahan, anda juga boleh mendapatkan barangan di bawah jika memerlukan lebih sokongan.
- Pelindung payudara (Nipple shields) jika bayi sukar melekap semasa menyusu atau si ibu menghadapi sakit puting. Secara amnya, pelindung puting hanyalah penyelesaian tempoh pendek. Jika berlaku rasa sakit, hubungi perunding laktasi atau pakar penyusuan badan.
- Pam payudara jika berlaku sekatan atau melancarkan pengeluaran susu dari puting.
- Pad gel hidro yang menawarkan rasa selesa pada puting ibu selepas menyusu
Jika anda masih berdepan masalah yang membantutkan persediaan menyusu badan, segera hubungi perunding laktasi atau pakar penyusuan badan untuk nasihat selanjutnya.
Peralatan menyusu badan untuk minggu-minggu berikutnya
Selepas minggu pertama berlalu, ibu dan anak sudah sepatutnya berasa selesa dengan diri masing-masing. Kekerapan penyusuan boleh dipertingkatkan dan lebih banyak masa akan diluangkan. Berikut adalah beberapa peralatan sokongan yang boleh digunakan untuk memudahkan lagi proses menyusu.
- Kerusi menyusu badan yang memberi sokongan keselesaan untuk anda dan bayi anda agar lebih relaks.
- Gunakan aplikasi menyusu badan untuk memudahkan jadual pemakanan bayi.
- Simpan pad penyusuan badan guna semula atau pakai buang yang mencukupi.
Aksesori penyusuan bayi untuk pengeluaran susu
Si ibu akan berdepan dengan situasi di mana anda perlu menyimpan stok susu badan tambahan atau berlebihan untuk bayi anda. Ini bermakna anda perlukan pam payudara. Jenis pam tertakluk kepada situasi anda, dan jumlah susu yang mahu dipam keluar. Selain pam, anda juga perlukan:
- Stim atau sanitasi air sejuk
- Beg penyejuk atau beg sanitasi gelombang mikro
- Beg penyimpanan susu badan
- Coli pam payudara bebas tangan
Dr Balkees mengesyorkan agar menggunakan bekas pengestoran di bawah untuk menyimpan susu badan dengan sebaiknya:
- Bekas bersudut keras: Biasanya diperbuat menggunakan plastik keras atau kaca dan ia amat disyorkan untuk kegunaan simpanan tempoh lama susu ibu. Pilih jenis bekas yang kedap udara.
- Beg plastik (yang direka khas untuk menyimpan susu badan ibu: Gunakannya untuk tempoh masa singkat kerana ia mudah bocor, tertumpah atau mudah tercemar berbanding bekas bersudut keras.
“Cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh puting untuk mengeluarkan susu. Simpan dalam bahagian kecil (60-120 ml) bagi mengelak kerugian. Pertimbangkan juga untuk simpan dalam hidangan kecil (30-60 ml) bagi situasi yang tidak dijangka. Simpanan hidangan kecil cukup untuk bayi sementara menunggu si ibu sendiri yang menyusu badan. Anda boleh mencampurkan susu badan yang dikeluarkan pada hari yang sama untuk mendapatkan jumlah yang dimahukan. Simpan susu yang baru dikeluarkan untuk tempoh masa sejam dalam peti sejuk beku atau dalam cooler dengan pek ais atau ais kemudian tambahkan dengan susu yang disejukkan pada hari yang sama.
Jangan sesekali menambah susu badan yang suam dengan susu sejuk beku kerana ia akan menjadikan mencairkan bahagian tertentu susu beku. Anda juga dilarang mencampurkan susu dari hari yang berbeza. Tinggalkan sedikit ruang dalam bekas penyimpanan kerana susu badan cenderung berkembang semasa disejukkan. Jangan lupa untuk melabel hari dan tarikh susu badan menggunakan dakwat calis air,” nasihat Dr Balkees.
Ambil Perhatian!
Susu cenderung untuk ‘asing’ ketika dalam simpanan di mana bahagian atas (krim) kelihatan pekat dan putih. Pusingkan bekas simpanan susu secara perlahan bagi mencampurkan bahagian terasing dan elak mengoncang bekas tersebut secara kuat.
– Dr Balkees –
Dr Balkees
Pakar Pediatrik & Perunding Laktasi,
Hospital Pantai Pulau Pinang