Hospital Pakar KPJ Johor: Memastikan keselamatan serta pengalaman terbaik untuk anda dan bayi
Hospital Pakar KPJ Johor: Memastikan keselamatan serta pengalaman terbaik untuk anda dan bayi

Hospital Pakar KPJ Johor: Memastikan keselamatan serta pengalaman terbaik untuk anda dan bayi

Sokongan emosi dan rawatan perubatan daripada Perunding Obsterik, bidan dan kakitangan perubatan sangat penting untuk penjagaan antenatal serta pengalaman bersalin yang positif. Berkaitan dengan kenyataan ini, Hospital Pakar KPJ Johor, baru-baru ini telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk 2021 untuk kategori Hospital Bersalin Terbaik (Johor).

Melahirkan bayi di hospital sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan warga Malaysia. Peringatan perlu ditujukan kepada semua golongan wanita, terutama sekali untuk mereka yang mengalami risiko serta kesulitan obsterik, supaya melahirkan di persekitaran yang selamat.

Pengalaman yang pasti memuaskan hati wanita hamil dan juga keluarga mereka bermula dengan penjagaan yang baik, sebelum mereka hamil lagi. Di Hospital Pakar KPJ Johor, hakikat ini amat disedari. Penjagaan dan kaunseling sebelum kehamilan sangat penting untuk memperoleh hasil yang baik sepanjang kehamilan. Bagi golongan yang mengalami kesukaran untuk hamil, terdapat Pusat Kesuburan yang mempunyai teknologi canggih, seperti Persenyawaan In Vitro untuk membantu mereka yang ingin hamil. Kelas antenal secara bulanan juga ditawarkan bagi mempersiapkan golongan wanita dan pasangan untuk pengalaman kehamilan.

BADAN BERKELAYAKAN DAN PROFESIONAL
Salah satu faktor penting dalam memilih hospital yang dapat menawarkan pengalaman bersalin yang selamat dan bermakna adalah tahap kemahiran dan pengalaman kakitangan bertugas. Sebagai salah sebuah hospital swasta di Johor, Hospital Pakar KPJ Johor mempunyai Perunding Obsterik yang profesional, berpengalaman dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Mereka menyediakan perkhidmatan rawatan dalam semua aspek Obsterik termasuk penjagaan kehamilan yang berisiko dan kelahiran secara pembedahan.

Para jururawat bertauliah dengan ijazah sarjana dalam bidang perbidanan di Hospital Pakar KPJ Johor sedia untuk memberi rawatan dan perhatian yang deperlukan serta sokongan kepada para pesakit. Pasukan bidan mereka juga terlatih dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Mereka ini bertanggungjawab dalam memberi sokongan kekeluargaan dan emosi kepada para ibu bagi memastikan pengalaman ynag baik sepanjang melahirkan, selamat, dan amat bermakna.

KESELAMATAN DAN KESELESAAN MELAHIRKAN
Di KPJ Johor, mereka memahami keperluan wanita semasa melahirkan. Dalam hal ini, digalakkan supaya wanita yang hendak melahirkan membuat perancangan terlebih dahulu dan berbincang dengan perunding mereka.

Kelahiran secara semulajadi tidak dihalang, namun pihak hospital turut menyedari bahawa ketahanan sakit merupakan bahagian yang penting bagi pengalaman seorang wanita semasa bersalin. Semasa proses bersalin, rasa sakit boleh dikurangkan dengan ubat suntikan atau ubat penyedut. Sekiranya, terdapat wanita yang ingin melahirkan tanpa rasa sakit, epidural dapat diberikan oleh pasukan pakar Anestetik KPJ Johor yang berpengalaman.

KPJ Johor juga menggalakkan seorang peneman, biasanya suami, untuk sentiasa berada di samping isteri mereka semasa proses kelahiran. Melahirkan bayi merupakan pengalaman istimewa yang pasti akan menyetuh hati setiap pasangan. Pengalaman ini yang dikongsi, dalam keselesaan dan penjagaan yang baik di KPJ Johor pasti akan meninggalkan kenangan manis untuk setiap pasangan.

Ini adalah sebab mengapa pembaca BabyTalk menggelarkan Hospital Pakar KPJ Johor sebagai Hospital Bersalin terbaik di Johor pada tahun 2021.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka,  Facebook dan  Instagram.

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.