Penambah Perisa Makanan Bayi yang Sihat TERBAIK
Makanan Bayi Ready-To-Eat Berkhasiat untuk Ibu Bapa Moden
Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan dan kehendak ibu dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka turut berubah. Salah satu dari inovasi terkini yang semakin mendapat perhatian ramai adalah makanan bayi Ready-To-Eat. Baby Food by Ibu Anis adalah pilihan Baby Talk dalam kategori Penambah Perisa Makanan Bayi yang Sihat. Idea Baby Food by Ibu Anis ini tercetus daripada pemerhatian yang dibuat terhadap trend masa kini yang mana masyarakat lebih mengutamakan makanan berasaskan dari bahan-bahan semulajadi.
Cetusan idea ini sememangnya memudahkan para pengguna, kerana produk yang dikeluarkan oleh Niedzra Jay Sdn Bhd semua sudah dimasak terlebih dahulu dan ibu bapa boleh terus hidangkannya kepada bayi. Dengan konsep Ready-To-Eat ini, ibu bapa tidak perlu risau lagi bila anak lapar kerana ia menjimatkan masa, tenaga, dan mudah dibawah kemana-mana sahaja! Ada banyak pilihan produk Baby Food by Ibu Anis seperti perasa makanan berasaskan protein, buah dan sayuran, bijiran beras, biskut buah-buahan, snek buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apa yang lagi penting, ke semua produk keluaran Baby Food by Ibu Anis tidak mengandungi garam, gula, MSG, bahan pengawet, pewarna tambahan dan diperbuat sepenuhnya dari bahan semulajadi. Setiap produk ini juga mengandungi nutrien yang diperlukan oleh bayi. Ia dirumuskan dengan kombinasi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan mineral yang seimbang untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang optimum. Baby Food by Ibu Anis merupakan pilihan yang praktikal, mudah dan berkhasiat untuk ibu bapa moden yang menginginkan penyelesaian paling ideal dalam memenuhi keperluan pemakanan si manja tanpa mengabaikan kesihatan dan perkembangan bayi mereka.