Institut Jantung Negara
Institut Jantung Negara

Institut Jantung Negara

BEST Centre of Excellence for Paediatric and Congenital Cardiac Care

Healing Little Hearts: IJN’s Centre of Excellence for Children

Since its inception in 2012, Institut Jantung Negara’s (IJN) Paediatric & Congenital Heart Centre (PCHC) has been a leader in providing world-class care for children with congenital and paediatric heart conditions. Recognised for its comprehensive, patient-centred approach, IJN continues to uphold exemplary standards in paediatric cardiac care.

Between 2020 and 2024, the centre successfully performed 6,968 congenital heart surgeries, including complex neonatal procedures for low birth weight infants and advanced minimally invasive surgeries. These achievements highlight IJN’s unwavering commitment to improving survival rates and quality of life for even the most vulnerable patients.

The Interventional Cardiology Laboratory (ICL) has also recorded a total of 5,197 procedures to date, further demonstrating IJN’s clinical excellence and comprehensive capabilities.

Equipped with state-of-the-art facilities, IJN’s expert team of paediatric cardiologists and multidisciplinary specialists deliver care that matches the world’s best.

With dedicated support networks like Nadi PCHC, IJN ensures families are never alone on their journey, combining medical excellence with compassionate, community-driven care.


Pusat Kecemerlangan bagi Penjagaan Jantung Pediatrik dan Kongenital TERBAIK

Menyembuhkan Hati Si Kecil: Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak IJN

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Pusat Jantung Pediatrik & Kongenital Institut Jantung Negara (IJN) telah menjadi peneraju dalam menyediakan penjagaan bertaraf dunia pada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital dan pediatrik. Diiktiraf kerana pendekatannya yang menyeluruh dan bertumpukan pada pesakit, IJN terus mengekalkan standard cemerlang dalam penjagaan jantung pediatrik.

Antara tahun 2020 hingga 2024, pusat ini telah berjaya melaksanakan sebanyak 6,968 pembedahan jantung kongenital, termasuk prosedur kompleks neonatal untuk bayi yang mempunyai berat lahir rendah serta pembedahan invasif minimum yang canggih. Pencapaian ini membuktikan komitmen teguh IJN dalam meningkatkan kadar kelangsungan dan kualiti hidup, bahkan untuk pesakit yang paling terkesan.

Makmal Kardiologi Intervensi (ICL) juga telah mencatatkan sejumlah 5,197 prosedur setakat ini, sekali gus membuktikan lagi kecemerlangan klinikal dan keupayaan menyeluruh IJN.

Dilengkapi dengan kemudahan terkini, pasukan pakar kardiologi pediatrik dan pakar pelbagai disiplin IJN menyediakan rawatan setanding dengan pusat-pusat terbaik di dunia.

Dengan sokongan rangkaian seperti Nadi PCHC, IJN memastikan setiap keluarga tidak keseorangan dalam perjalanan mereka, menggabungkan kecemerlangan perubatan dengan penjagaan penuh empati berasaskan komuniti.

www.ijn.com.my | Institut Jantung Negara | institutjantungnegara

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.