Klinik Pakar Kanak-Kanak TERBAIK (Shah Alam, Selangor)
Kepakaran Khusus dalam Bidang Kesihatan Kanak-Kanak
Klinik Pakar Kanak-Kanak Kiddo terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk & MamaPapa tahun 2025 dalam kategori Klinik Pakar Kanak-Kanak (Shah Alam, Selangor).
Klinik Pakar Kanak-Kanak Kiddo menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan rawatan yang sesuai dengan kesihatan kanak-kanak seiring keperluannya. Klinik terkenal ini memiliki segala kemudahan moden dan menampilkan konsep persekitaran dalaman klinik yang bertemakan “Animal in the Forest” sangat mesra kanak-kanak dan menjamin keselesaan serta menghayati ketenangan.
Klinik Pakar Kanak-Kanak Kiddo menawarkan kepakaran dalam pediatrik am, perkembangan kanak-kanak dan bidang khusus lain seperti kelewatan pertuturan, autisme dan konsultasi laktasi. Diketuai oleh pakar pediatrik berpengalaman, Klinik Pakar Kanak-Kanak Kiddo sentiasa memberikan konsultasi dan nasihat menyeluruh, dengan fokus utama diberikan kepada langkah pencegahan penyakit, untuk memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Perkhidmatan perubatan dan rawatan-rawatan pakar yang ditawarkan di Klinik Pakar Kanak-Kanak Kiddo termasuklah vaksin wajib kanak-kanak dan juga vaksin tambahan, penilaian tumbesaran kanak-kanak, penilaian perkembangan kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan am, pemeriksaan kesihatan bayi dan nasihat penjagaan bayi seperti isu penyusuan, kolik, dan sebagainya.
drtengkuputri.com | Kiddo Child Specialist Clinic | kiddochildclinic