Kurma atau tamar adalah makanan yang amat sinonim dengan masyarakat Islam di seluruh dunia. Buah ini menjadi hidangan wajib ada terutama semasa bulan Ramadan. Ketahui khasiat yang terdapat pada buah kurma. Khasiat kurma diketahui amat baik bukan sahaja untuk orang dewasa, malah untuk kanak-kanak.
1. Kandungan gula ringkas, monosaccharide yang tinggi dalam kurma memberikan tenaga segera kepada tubuh.
2. Kurma kaya dengan kalsium dan magnesium yang amat baik untuk kesihatan tulang. Ia amat sesuai untuk bayi dan anak kecil yang sedang mengalami perkembangan tulang.
3. Potassium merupakan mineral yang terdapat pada kurma yang amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi.
4. Bagi anak kecil yang baru tumbuh gigi amat digalakkan untuk mengunyah isi kurma untuk membantu menguatkan gusi dan gigi mereka.
5. Buah kurma juga mengandungi serat yang tinggi yang dapat membantu melegakan masalah sembelit.