Lil Unicorn: Kuasa keusahawanan dalam pendidikan awal
Lil Unicorn: Kuasa keusahawanan dalam pendidikan awal

Lil Unicorn: Kuasa keusahawanan dalam pendidikan awal

Kini, apakah yang perlu diberi keutamaan oleh ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka? Dunia telah berubah, dan bukankah sepatutnya sistem pendidikan ini juga bergerak seiring bergeraknya perubahan masa, seawal tahun prasekolah?

Kebanyakan institusi pendidikan di negara ini mempunyai matlamat tersendiri dalam memastikan kurikulum dan pembelajaran berkonsepkan pedagogi sentiasa terkini mengikut peredaran zaman. Tidak ada satu pun institusi pendidikan ingin ketinggalan atau mempunyai sistem pembelajaran yang lapuk. Ibu bapa pula semakin sedar tentang keperluan perubahan pendidikan anak-anak mereka, dan ramai di luar sana giat mencari tawaran menarik yang akan memberikan anak mereka peluang yang lebih hebat untuk berjaya. Namun begitu, kini apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan? Sebelum ini, kanak-kanak mengalami tekanan yang melampau untuk belajar bersungguh-sungguh, berusaha sehabis baik dalam peperiksaan bagi medapatkan ‘A’ sebanyak yang mereka mampu. Dalam erti kata lain pendidikan untuk jangka masa panjang telah berorientasikan peperiksaan. Jadi untuk berjaya mencapainya, kanak-kanak ini diajar menggunakan buku. Matlamat utama pendidikan awal tempatan kita adalah untuk mengubah cara bagaimana ibu bapa dan anak-anak memandang pendidikan.

Lil Unicorn: Masa depan yang memuaskan bermula di sini, dengan semangat keusahawanan!
Selaras dengan perubahan dunia yang pesat yang akan mempengaruhi masyarakat dalam semua perkara,Ibu bapa arif mula memahami bahawa anak-anak mereka perlu dididik dengan cara yang berbeza dalam mencapai kecemerlangan masa hadapan mereka. Tidak dapat disangkal, memperoleh nilai ‘A’ adalah perkara yang membanggakan, tetapi realitinya semua itu tidak penting! Kanak-kanak perlu dilengkapkan dengan kemahiran yang akan membantu mereka dalam kehidupan seharian. Ini adalah apa yang ditawarkan oleh Lil Unicorn dan semakin terkenal dalam kalangan ibu bapa. Di Lil Unicorn, kanak-kanak dibimbing untuk menghayati kesemua kualiti keusahawanan dan menerapkanya dalam kehidupan mereka.

Melalui program unik yang banyak berbincang tentang Powerprenuer ini, kanak-kanak dapat mempelajari dan memahami kemahiran yang berharga seperti cara penjimatan wang, mencipta nilai, pengambilan risiko, kelestarian, melihat di luar keuntungan kewangan, penyelesaian masalah, dan membina serta memperkasakan kesihatan di antara kebanyakkan kebolehan yang lain. Program Powerprenuer 4P termasuklah – ‘People’, ‘Passion’, ‘Profit’ & Planet.

Lil Unicorn ialah sekolah hibrid Asia-Finland, ia telah menghimpunkan yang terbaik dari kedua-dua dunia dari segi pendidikan, menggunakan platform EdTech Finland yang dikenali sebagai Tiny App. Ia adalah sebuah sistem pengesanan yang canggih, berfungsi sebagai alat komunikasi antara ibu bapa dengan Lil Unicorn, dan ia juga akan memastikan ibu bapa dan guru sentiasa mengikuti perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.

Lil Unicorn telah berkerjasama dengan pengasas dan rakan kongsi Taina Mikkola, dalam memastikan supaya sebagai makhluk yang mempunyai pelbagai dimensi, kanak-kanak perlu diajar dan dibimbing menggunakan keajaiban daripada pelbagai sudut, dengan pelajaran menyeronokkan di samping mengekalkan kepentingan akademik. Tidak ada pilihan yang lebih baik daripada Lil Unicorn untuk masa depan kita dalam mencapai prestasi tinggi! Lil Unicorn Academy telah menerima anugerah Prasekolah terbaik (Usahawan) dalam Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan halaman   Facebook mereka.

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.