MayiDOit Sensory Play Kit
MayiDOit Sensory Play Kit

MayiDOit Sensory Play Kit

Kit Permainan Deria TERBAIK

Membantu Mengembangkan Kemahiran Semula Jadi Kanak-Kanak

Permainan Deria, atau Sensory Play boleh diulaskan sebagai aktiviti-aktiviti yang merangsang deria kanak-kanak dan juga membantu dalam perkembangannya. Ini termasuklah deria sentuh, bau, rasa, penglihatan dan juga pendengaran. Permainan deria yang paling popular dan diminati kanak-kanak ialah playdoh, iaitu permainan yang dihasilkan daripada tanah liat atau plastesin. MayiDOit, jenama pemenang anugerah Kit Permainan Deria tahun ini menawarkan koleksi-koleksi set permainan deria yang digemari bukan sahaja oleh kanak-kanak, namun orang dewasa juga amat meminatinya. Tidak hairanlah apabila didapati bahawa dalam Cabaran AXA SME TAKE Control tahun 2019, MayiDOit telah ditempatkan antara 3 yang utama.

Diantaranya adalah set permainan deria playdoh keluaran MayiDOit yang amat memberangsangkan deria kanak-kanak, yang membantu mereka dalam pembanguan kreativiti masing-masing, dan juga dalam pembinaan kemahiran motor halus mereka semasa mengadun, menguli, mengacau, membentuk bahan mainan tersebut. Mereka juga akan menggunakan deria penglihatan untuk memilih warna bahan-bahan untuk menghasilkan ciptaan yang menarik, dan juga deria sentuhan semasa memegang dan mengendalikan bahan permainan itu.

Bersama-sama dengan bahan-bahan lain dalam set permainan MayiDOit, kanak-kanak dapat menghabiskan masa sama ada bersendirian atau pun dengan ahli keluarga atau pun rakan sambil belajar dan membina kamahiran-kemahiran fikiran, motor, koordinasi, pertimbangan, dan lain-lain lagi. Kit Permainan Deria MayiDOit menawarkan nilai yang tinggi bagi ibu bapa yang ingin membantu anak mereka membina dan mengembangkan lagi kemahiran-kemahiran semula jadi masing- masing melalui perangsangan deria-deria mereka.

www.mayidoit.com | www.facebook.com/mayid0it | www.instagram.com/mayid0it

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.