Mencegah Kerosakan Gigi Si Manja

Tahukah anda bahawa gigi si manja anda perlu dijaga sejak mula tumbuh lagi? Kerosakan gigi boleh berlaku dengan mudah, lebih-lebih lagi jika bayi anda sudah mula makan makanan pejal.

Benar, si kecil akan berhadapan dengan masalah kaviti gigi jika tiada penjagaan yang betul pada giginya sejak awal lagi. Sebaik sahaja gigi pertama si manja tumbuh, ia mula terdedah kepada masalah gigi, termasuk pembentukan kaviti gigi.

Kerosakan gigi lazimnya disebabkan oleh kuman stretococcus yang amat tertarik kepada sisa-sisa makanan yang ada pada gigi. Bakteria tersebut akan terkumpul bersama sisa makanan lalu membentukkan plak yang berlekat pada permukaan gigi dan seterusnya menghasilkan asid. Asid inilah yang akan menyebabkan tanda-tanda putih, iaitu permulaan kaviti gigi.


Bayi tidak dilahirkan dengan bakteria yang berbahaya dalam mulut mereka, dan kajian membuktikan bahawa kaviti oleh kanak-kanak bawah usia 2 tahun diperolehi daripada:

  1. Pemindahan air liur melalui makanan kepada mulut si manja
  2. Berkongsi makan sesudu dengan bayi
  3. Membiarkan anak kecil memberus gigi menggunakan berus gigi orang dewasa

Cara-cara untuk mengelak daripada kerosakan gigi bayi dan kanak-kanak

  • Bayi – Mula memberus gigi bayi ketika gigi pertamanya tumbuh.
  • Anak kecil – Berus gigi si kecil sekurang-kurangnya selama 30 saat atau 1 minit selepas sarapan dan sebelum tidur dengan menggunakan ubat gigi yang khusus untuk kanak-kanak
  • Prasekolah – Ajarlah anak anda cara-cara memberus gigi dengan betul, dan pantau cara anak memberus gigi
  • Kanak-kanak sekolah – Anak anda sudah boleh berus giginya sendiri.
  • Kawal pemakanan manis dan bergula serta berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali.
About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.