Milna Baby Food
Milna Baby Food

Milna Baby Food

Makanan Bayi TERBAIK

Memenuhi Keperluan Perkembangan dan Nutrisi Bayi pada Setiap Tahap Umur

Memilih makanan berkualiti tinggi untuk bayi amat penting bagi ibu bapa yang ingin memastikan anak kesayangan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya semasa tubuh mereka sedang mengalami tumbesaran yang pesat. Milna merupakan pengeluar makanan bayi yang dipercayai ibu bapa di Malaysia, dan tidak hairanlah jenama ini muncul sebagai pemenang kategori Makanan Bayi tahun ini.

Rangkaian produk makanan dan snek bayi Milna amat digemari oleh bayi dan kanak-kanak kecil, apatah lagi dengan variasinya yang beraneka jenis, yang sedap dan kaya dengan nutrisi semuanya. Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas, adalah digalakkan untuk diperkenalkan dengan makanan pepejal seperti bijirin Milna yang halus dan mudah dihadam, yang didatangkan dalam beberapa variasi mengikut saranan umur bayi. Terdapat juga biskut rusk Milna yang direka untuk bayi yang sedang tumbuh gigi. Pengambilan biskut ini dapat membantu melegakan gusi mereka yang tidak selesa sambil sekaligus memberikan nutrisi seperti AA dan DHA yang juga penting untuk membantu perkembangan otak bayi.

Dari segi makanan snek bayi, Milna Nature Puffs boleh diberikan bermula kepada bayi yang sudah dapat duduk sendiri dengan stabil. Puffs ini telah mendapat pensijilan organik dan direka dalam bentuk hati bagi membantu bayi dan kanak-kanak kecil mengasah kemahiran motor halus mereka untuk belajar mencubit dan menggenggam, serta melatih mereka untuk makan secara berdikari. Milna Toddler Biscuit pula sesuai sebagai pilihan snek sihat untuk untuk kanak-kanak bermula umur 12 bulan ke atas. Pada keseluruhannya, rangkaian makanan bayi jenama Milna memenuhi keperluan perkembangan dan pemakanan bayi pada setiap tahap umur dan ini amat memudahkan ibu bapa.

www.facebook.com/MilnaMalaysia | www.instagram.com/milna_my

About Us | Contact Us
@2020 BabyTalkMalaysia.com. All Rights Reserved.