Rangkaian susu formula premium Bubs Organic® Grass Fed merupakan susu formula organik PERTAMA di Australia yang dihasilkan oleh ternakan yang hanya diberi makan rumput hidup organik 365 hari setahun.
Dianugerahkan dengan dua persijilan organik daripada Australian Certified Organic (ACO) dan National Association for Sustainable Agriculture Australia (NASAA), rangkaian susu formula organik termaju ini dihasilkan daripada alam semula jadi, bebas GMO serta bebas daripada bahan kimia, pengawet dan racun makhluk perosak. Bagi memenuhi keperluan berbeza kanak-kanak di pelbagai tahap perkembangan, Bubs Organic® Grass Fed Formula boleh didapati dalam empat formula berbeza, untuk empat tahap pertumbuhan kanak-kanak yang berbeza.
Menyedari bahawa waktu makan makanan ringan adalah penting untuk keceriaan anak-anak, Bubs® memastikan hanya yang terbaik dalam semua produk snek keluarannya. Setiap Bubs Organic® Snacks and Cereal yang dihasilkan telah diadun dengan teliti oleh pakar pemakanan serta chef, dan melalui proses ujian rasa oleh para ibu sebenar serta si manja mereka. Begitu juga dengan Lactose Free Bubs Organic® Baby Teething Rusks yang mempunyai rasa yang unik serta variasi Bubs Organic® Baby Cereals yang enak, semuanya dicipta bagi memastikan si manja anda dapat menikmati makanan mereka dengan riang gembira.


Untuk mendapatkan maklumat serta promosi terkini, sila ikuti laman Facebook Bubs® Malaysia di https://www.facebook.com/bubsmalaysia dan laman Instagram di https://www.instagram.com/bubsmalaysia/


