Dengan Goodday KidSTART, Goodday Milk mengharap untuk memperkasakan generasi masa hadapan dengan asas kukuh untuk membangunkan perniagaan mereka di samping memupuk tabiat kewangan yang baik dan kemahiran hidup kritikal.
Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, Susu Goodday dengan bangganya melancarkan Goodday KidSTART, program usahawan kanak-kanak terbesar di Malaysia yang bertujuan untuk memupuk impian berniaga dalam diri kanak-kanak yang cerdas, bijak dan bersemangat yang berumur di antara 7 hingga 14 tahun.
Salah satu fokus Susu Goodday adalah untuk membawa kebaikan dan memperkaya kehidupan kanak-kanak. Pada tahun 2021, Susu Goodday telah memulakan “Kempen HAPPE PPE“, yang menyaksikan kanak-kanak di seluruh Malaysia melakar corak yang menceriakan untuk menghiasi Peralatan Pelindung Diri (PPE) yang umumnya dipakai oleh para petugas barisan hadapan, merawat kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19. Pemenang masing-masing dianugerahkan dana pendidikan sebanyak RM10,000 dan hasil reka corak mereka dicetak pada 10,000 unit PPE.
Pada tahun ini, menerusi Goodday KidSTART, Susu Goodday ingin meneruskan komitmen mereka terhadap masyarakat dan kanak-kanak dengan membantu mereka menjadi celik kewangan melalui dunia keusahawanan.
Tinjauan sekilas pandang di rantau ini menunjukkan 30%* ibu bapa akan mula mengajar anak-anak mereka tentang wang pada usia purata 7-10 tahun, dan 36%* ibu bapa Malaysia bermula seawal usia 5-6 tahun*. Walaupun tahap jumlah ini menggalakkan, ramai antara ibu bapa yang tidak pasti bagaimana untuk mendekati topik yang dianggap sensitif di kalangan budaya Asia terutamanya, mahupun cara untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berguna. Selain itu, tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa percaya yang ilmu berkenaan wang dan hal ehwal kewangan akan disampaikan oleh pihak lain, dan 80%** beranggapan bahawa ia adalah sebahagian daripada sukatan pelajaran sekolah.
Statistik juga menunjukkan bahawa sewaktu penularan wabak Covid-19, 53%*** antara orang dewasa mengakui mereka tidak dapat menyara keluarga. Pandemik ini menunjukkan bahawa pemahaman kewangan yang kukuh dan wajar adalah diperlukan untuk mengharungi cabaran yang paling sukar.
Satu lagi tinjauan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mendapati bahawa secara amnya belia Malaysia tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik, dan kebanyakannya mempunyai tahap kecelikan kewangan yang rendah*. Ramai juga yang lebih mengutamakan matlamat kewangan jangka pendek dan berbelanja melebihi kemampuan mereka, yang mengakibatkan hutang tertunggak. Kekurangan kesedaran ini menyerlahkan keperluan mempergiat usaha gigih bagi ibu bapa dan anak-anak mereka bermula membincangkan tabiat kewangan yang baik, terutamanya dari usia muda. Ini akan memastikan kanak-kanak mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk memperoleh gaya hidup yang mampan pada masa hadapan.
Naib Presiden Pemasaran, Amy Gan berkata, “Di Susu Goodday , kami ingin menerapkan pengetahuan khas di kalangan kanak-kanak yang mampu membentuk tabiat kewangan yang kukuh dari usia awal kerana ini dapat memastikan masa depan kewangan mereka terjamin. Dengan menyemai keyakinan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyemarakkan semangat keusahawanan di kalangan mereka, kami akan mendidik generasi masa depan ini untuk memahami konsep wang supaya mereka dapat membuat keputusan kewangan yang bertanggungjawab.
“Kami menggesa ibu bapa di seluruh Malaysia untuk menggalakkan penyertaan anak mereka dan mengambil peluang ini untuk mempamerkan bakat dan potensi mereka dengan harapan untuk menjadi usahawan muda Goodday KidSTART pertama di Malaysia!”, tambah beliau.
Tempoh pendaftaran program Goodday KidSTART akan bermula pada 21 November 2022 sehingga 23 December 2022, dan ibu bapa dijemput untuk menghantar video pendek persembahan anak-anak mereka kepada Goodday Milk melalui mesej Facebook di https://www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia atau GooddayMilk melalui mesej Instagram di @gooddaymilkmy.
Video ini hendaklah terdiri daripada tiga bahagian;
1. Pengenalan
2. Inspirasi mereka untuk memulakan perniagaan
3. Ringkasan idea perniagaan mereka (elevator pitch)
Berikutan tempoh penyertaan selama lima minggu dan dituruti proses penyenaraian pendek, 20 peserta akhir akan mara ke peringkat seterusnya untuk menghadiri kem latihan intensif selama 2 hari pada bulan Januari 2023. Kanak-kanak akan dibimbing dan diajar kemahiran dan kebolehan yang diperlukan untuk mengemukakan idea mereka secara cemerlang kepada panel hakim yang terdiri daripada usahawan perniagaan dan para peneraju industri.
Hadiah bernilai sehingga RM50,000 menanti para pemenang Goodday KidSTART kid-preneur untuk mencapai idea perniagaan mereka!
Program Goodday KidSTART kid-preneur akan berlangsung dari 21 November 2022 sehingga 8 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia.
Sumber:
*https://www.eastspring.com/sg/money-parenting/a-quick-look-at-how-asian-parents-teach-about-money
**https://family.org.my/articles/parenting-articles/teaching-your-kids-about-money/
***https://www.econstor.eu/bitstream/10419/248673/1/full-5.pdf
****Securities Commision of Malaysia “Youth Capital Market Survey A Malaysian Perspective 2022”